Jo Anna Rampas kini setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sabah
Afiq Ariffin
Oktober 11, 2018 11:04 MYT
Oktober 11, 2018 11:04 MYT
Calon Parti Warisan Sabah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Jo-Anna Sue Henley Rampas sah menjadi setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Jo-Anna yang juga Timbalan Ketua Wirawati Warisan akan menggalas tanggungjawab itu bagi Kementerian Kewangan negeri.
Beberapa keping gambar dimuat naik bekas ratu cantik Unduk Ngadau itu di laman sosial instagramnya.
Semalam, seramai 19 Setiausaha Politik Kementerian Kerajaan Negeri Sabah telah mengangkat sumpah sambil disaksikan Mohd Shafie.
Beberapa pengikut Jo-Anna di laman sosial itu turut merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan dan majlis angkat sumpah jawatan tersebut.
#Instagram
#Jo Anna Sue Henley Rampas
#Jo-Anna
#Ketua Menteri
#Mohd Shafie Apdal
#politik
#setiausaha politik
#Shafie Apdal
#unduk ngadau