"Jernihkan keadaan, bukan keruhkan kedukaan" - Bung Moktar minta henti sandiwara politik
Syah Hairizal Kamalul Arifin
September 30, 2020 17:11 MYT
September 30, 2020 17:11 MYT
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin mahu pihak luar agar berhenti mencampuri urusan negeri itu.
Jelasnya, campur tangan luar tersebut jelas bersifat peribadi dan akan merugikan parti.
"Saya berharap kepada pihak-pihak tertentu yang masih bersandiwara menyalahkan pemimpin tertentu dalam hal dan urusan Sabah, hentikanlah tindakan tersebut.
"Berlaku adil lah jangan rugikan parti dengan agenda peribadi," kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu dalam satu kenyataan di laman Facebook Barisan Nasional (BN) pada Rabu.
Tambahnya akibat agenda peribadi tersebut, UMNO Sabah terpaksa menerima banyak kekalahan.
"Kita jernihkan keadaan bukan mengeruhkan lagi kedukaan kita dengan keputusan Pilihanraya Negeri (PRN) baru-baru ini.
"Duka dan pedihnya, UMNO Sabah yang merasainya. Kita undur selangkah ke belakang bukan bererti kalah, tetapi kita bersedia untuk melangkah jauh lagi ke hadapan,"katanya lagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Wanita, Pemuda, Puteri, Majlis Tertinggi dan negeri-negeri yang turun membantu pada PRN Sabah baru-baru ini.
#PRN Sabah
#Bung Moktar
#UMNO Sabah
#Barisan Nasional
#Pilihan Sabah
#Sabah Memilih
#henti sandiwara