Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta semua jentera Barisan Nasional (BN) di Sabah bekerja dengan lebih kuat, laju dan keras menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja.
Beliau berkata semua jentera parti BN di seluruh negara sudah bekerja sejak lebih tiga tahun lepas dan kerja keras itu perlu dipertingkatkan lagi.
"Bila kita telah bekerja sejak tiga tahun lepas, ertinya kita sudah belari-lari dalam politik maraton. Dalam pelarian yang jauh ini, kita perlukan stamina dan kini kita sedang hampir ke garis penamat.
"Kita sedang menghitung hari untuk berdepan dua hari penting iaitu hari pembubaran dan hari penamaan calon. Tetapi, hari yang paling penting selain dua tarikh itu adalah hari pembuangan undi,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa memberi amanat kepada ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Papar di sini, malam tadi.
Turut hadir Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, Ketua UMNO Bahagian Papar Datuk Abdul Rahim Ismail, Ahli Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.
Beliau berkata semua jentera BN perlu lebih bersemangat untuk menandangi parti pembangkang pada PRU14 nanti.
"Yakin dan percayalah bahawa orang yang suka dengan kita (BN) adalah lebih ramai daripada orang yang tidak sukakan kita. Saya amat yakin bahawa kumpulan senyap juga lebih ramai dan mereka tidak timbulkan diri kerana mereka berada di atas pagar.
“Tetapi, kita sebagai pemimpin harus mendekati mereka. Kita perlu fokus melakukan kerja sehingga penamat iaitu pada hari pilihan raya...kita perlu berada di barisan hadapan," katanya.
Ahmad Zahid berkata pelbagai kaedah boleh digunakan untuk mendekati rakyat dan membuatkan mereka mahu bersama dengan BN.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid juga mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM2.1 juta untuk Parlimen Papar.
"RM1 juta saya serahkan kepada Ketua Bahagian UMNO Papar, RM500,000 untuk Rosnah (Ahli Parlimen Papar), dan RM500,000 untuk ADUN Kawang, dan RM100,000 untuk Masjid Jamek As-Salam Kampung Benoni," katanya.
Beliau meminta peruntukan itu digunakan sebaik mungkin bagi membantu rakyat di kawasan Parlimen Papar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 23 2018
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan sebahagian jemaah ketika tiba di Masjid Jamek As Salam di Kampung Benoni pada Jumaat.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.