Jawatan PM secara moralnya patut diberi kepada PH - Fahmi Fadzil

Astro Awani
Februari 29, 2020 07:33 MYT
FAHMI: Kami yakin dan percaya, ketika ini, PH memiliki kelebihan dari segi sokongan dari Ahli Parlimen. - Gambar fail
Pakatan Harapan (PH) percaya pihaknya memiliki kelebihan moral untuk mengekalkan kedudukan Perdana Menteri dalam kerajaan.
Ini kerana, menurut Ketua Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, PH telah mendapat mandat dari rakyat berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
"Saya percaya secara moralnya, kami (PH) telah mendapat mandat, dan ia telah dicuri daripada kami oleh sekumpulan orang yang mempunyai agenda lain," kata beliau dalam sesi temu bual program Consider This di Astro AWANI malam tadi.
Namun, ini tidak bermakna PH tidak menghormati keputusan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong dalam memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.
"Kami yakin dan percaya, ketika ini, PH memiliki kelebihan dari segi sokongan dari Ahli Parlimen," tambahnya.
#ahli Parlimen #Fahmi Fadzil #kerajaan #Mahathir Mohamad #Malaysia2020 #Muhyiddin Yassin #Pakatan Harapan #Perdana Menteri kelapan #pilihan raya umum #PM8 #sokongan majoriti #Yang di-Pertuan Agong
;