Jauhi sifat serang-menyerang, UMNO perlu bersatu padu - Tengku Zafrul

Umavathi Ramayah
Julai 21, 2024 23:17 MYT
Tengku Zafrul menegaskan parti itu perlu bersatu padu dan menjauhi sifat menyerang sesama sendiri. - Gambar IG Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan, UMNO perlu bersatu padu dan menjauhi sifat serang-menyerang sesama sendiri.
Malah kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, sekiranya seseorang berniat untuk mengkitik, individu berkenaan diminta memberikan pandangan yang membina dan bukan membinasakan.
"Sudah tiba masanya, kita kuatkan UMNO, kerana rakyat sedang menilai kita.
"(Justeru) gunakan setiap platform yang ada sebaiknya dan jika hendak mengkritik, pastikan ia bersifat membina dan bukan membinasakan," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai.
Perkara iu dikongsi beliau dalam akaun Instagramnya pada Ahad.
Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri memberitahu, UMNO Lembah Pantai dekat di hatinya memandangkan beliau mula mendekati politik di bahagian itu.
"Bagai sireh pulang ke gagang, UMNO Lembah Pantai inilah tempat saya mula dekati politik masa daftar sebagai ahli pada tahun 1998.
"Walaupun sekarang dah jadi Ketua UMNO Bahagian Kota Raja di Selangor tapi UMNO Lembah Pantai masih dekat di hati saya," ujarnya.
#Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz #UMNO #bersatu padu #jauhi kritik
;