MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee memberi bayangan untuk menyertai parti Pas selepas setahun menabur khidmat sebagai wakil rakyat bebas.
Wakil rakyat yang sering menarik perhatian, bukan sahaja di Melaka tetapi juga seluruh negara rentetan beberapa kontroversi sebelum ini sehingga digelar ‘YB Viral’ itu, mengakui menerima pelbagai tawaran untuk bekerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
“Saya boleh cakap hari ini secara jujur, saya telah dilamar oleh bukan sahaja Pas, saya dilamar oleh UMNO dan juga Perikatan Nasional (PN) dan saya sedang pertimbangkannya.
“Cuma pada saya, buat masa ini sebagai wakil rakyat saya kena tumpu kerja saya pada rakyatlah. Yang mengundi adalah rakyat, jadi kita buat kerja untuk rakyat, nak mengundi atau tidak itu terpulang.
“Saya percaya ramai yang akan datang esok (nanti) bila saya umumkan, tetapi jangan terperanjat kalau saya dah berserban, kan mahu jadi baik,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Program Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Umum dan Penyerahan Lesen Sampan Khas Negeri Melaka di Empangan Sungai Batu Hampar di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut mengenai teka-teki hala tujunya pada PRU15 selepas menjadi wakil rakyat bebas sejak pertukaran kerajaan pada Mac tahun lalu juga berkata, dia turut tidak menolak untuk terus kekal sebagai wakil rakyat bebas.
“Saya tidak perlu takut sebab saya dah kata hari ini rakyat pandai menilai siapakah pemimpin yang boleh buat kerja dan turun padang.
“Tetapi insyaAllah lah saya akan istiqomah, saya akan solat waktu malam untuk pastikan parti mana yang akan saya sertai. Kalau tidak, sebagai calon bebas pun boleh, saya kan ‘YB Viral’ ada logo sendiri, bendera sendiri, apa nak takut,” selorohnya lagi.
Norhizam sebelum ini dipecat oleh Lembaga Disiplin Parti DAP selepas menyatakan sokongan kepada gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan negeri Melaka yang baharu dan mengisytiharkan sebagai wakil rakyat bebas.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Mar 13 2021
Norhizam merasmikan Program Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Umum dan Penyerahan Lesen Sampan Khas Negeri Melaka di Empangan Sungai Batu Hampar di sini pada Sabtu. - Foto Astro AWANI
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
PRN Melaka: Umum bertanding Bebas, Norhizam yakin menang besar
Datuk Norhizam Hassan Baktee mengumumkan akan tetap mengambil bahagian pada PRN Melaka nanti sebagai calon Bebas.
PRN Melaka: Norhizam nafi tanding atas tiket Pejuang
Bekas ADUN Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee menafikan laporan bahawa beliau akan bertanding di bawah tiket parti Pejuang pada PRN Melaka.
PRN Melaka: Tidak diletak sebagai calon PH, Norhizam enggan ulas
Datuk Norhizam Hassan Baktee enggan mengulas mengenai keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk tidak meletakkan beliau sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November ini.
DAP pecat Norhizam Hassan Baktee
Lembaga Disiplin DAP memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee.