Jangan salah faham ayat 'manifesto bukan kitab suci' - Anwar Ibrahim

Madiha Abdullah
September 16, 2018 20:36 MYT
Ketika manifesto Pakatan Harapan dibuat, mereka mempunyai andaian tersendiri tentang keadaan negara seperti situasi ekonomi dan hutang, kata Anwar. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar masyarakat tidak salah faham dengan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan 'manifesto bukan kitab suci'.
Kata Anwar, ketika manifesto Pakatan Harapan dibuat, mereka mempunyai andaian tersendiri tentang keadaan negara seperti situasi ekonomi dan hutang.
"Tetapi andaian kami jauh berbeza daripada situasi sebenar. Saya sendiri terkejut apabila dapat tahu tentang hutang negara.
"Apa yang dimaksudkan Tun Mahathir adalah ada perkara yang kita kena tangguh pelaksanaan, ada yang boleh diteruskan," kata Anwar.
Sesi dialog anjuran Anwar Ibrahim Club selama dua jam itu dihadiri kira-kira 900 peserta, dan turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon popular Zahirah MacWilson.
Sebelum sesi dialog itu, Anwar telah melancarkan buku tulisan Dr Syed Husin Ali, berjudul A People's History of Malaysia.
#Anwar Ibrahim #ekonomi #Manifesto #Najib Razak #Pakatan Harapan #Perdana Menteri #PKR #presiden #Rasuah #undang-undang
;