Jangan komen bagi pihak saya! - Nurul Izzah

Azyyati Ahmad
Disember 17, 2018 17:05 MYT
Nurul Izzah memuat naik tweet berbaur peringatan kepada mana-mana individu agar mengelak daripada mengeluarkan kenyataan bagi pihaknya. -Gambar fail
Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar memuat naik tweet berbaur peringatan agar mengelak daripada mengeluarkan kenyataan bagi pihaknya.
Ia sebagai respon kepada komen menerusi Twitter yang dibuat oleh Ketua Strategi Bersatu Dr Rais Hussin.
Dr Rais sebelum ini berkata beliau percaya Nurul Izzah sangat komited untuk pembaharuan holistik dan untuk itu Nurul Izzah mesti menarik balik peletakan jawatannya.

@n_izzah is also a human being. Strong as she is, sometimes do have its ups and downs. She is very committed to holistic reforms. To make it happen she must retract her resignation. I believe she will, and come back stronger and refreshed. For now let us give her some latitude

— Dr. Rais Hussin (@raishussin) December 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kindly refrain from ever commenting on my behalf. @raishussin https://t.co/6UPLHe2Chd

— Nurul Izzah (@n_izzah) December 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, jawab Dr Rais beliau tidak berniat untuk menjawab bagi pihak Nurul Izzah, tetapi beliau hanya mengharapkan Nurul Izzah untuk kembali semula bagi meneruskan pembaharuan holistik yang diperjuangkannya.

It is my view, not commenting on behalf. I hope she will, InshaAllah, come back stronger to take up the holistic reforms that she is committed to.

— Dr. Rais Hussin (@raishussin) December 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Isnin, Nurul Izzah Anwar meletak jawatan Naib Presiden PKR dan melepaskan jawatan Pengerusi PKR Pulau Pinang.
Dalam satu kenyataan kepada media, Nurul Izzah mengesahkan perkara ini dan menegaskan beliau akan mengekalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh sehingga pemilihan seterusnya diadakan.
#Ketua Strategi Bersatu #Nurul Izzah #Nurul Izzah Anwar #peletakan jawatan #pembaharuan holistik #Pengerusi PKR Pulau Pinang #Permatang Pauh #Rais Hussin
;