Jangan biar 'kepala' kita kena potong - Khairy

Sinar Harian
Mac 31, 2019 08:44 MYT
KJ ketika ceramah di Pusat Daerah Mengundi Pekan Sagga, di sini, Sabtu malam. -Foto Sinar Harian
BN perlu kerja keras untuk memastikan kemenangan calonnya, Datuk Seri Mohamad Hasan pada PRK DUN Rantau.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata kekalahan Mohamad atau Tok Mat ibarat BN akan dipotong 'kepalanya'.
"Pemimpin PH yang datang ketika penamaan calon bukan calang-calang, ada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebab mereka tahu yang lawan ini 'taiko' daripada UMNO.
"Bagi mereka kalau dapat kalahkan Tok Mat, 'kepala' sudah dipotong. Sebab itu kita kena pastikan 'kepala' kita jangan dipotong," katanya dalam ceramah di Pusat Daerah Mengundi Pekan Sagga, di sini, malam ini.
Katanya, kerusi DUN Rantau juga penting kerana melibatkan maruah Mohamad sebagai Timbalan Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas Presiden.
"Ini peperangan maruah di mana calon yang kita letak ini lambang kepimpinan parti kita.
"Kebetulan kerusi ini ditandingi oleh Tok Mat yang menjalankan tugas Presiden UMNO. Maka, kita kena sedaya upaya untuk pastikan kemenangan BN," katanya.
#Ahli Parlimen Rembau #BN perlu kerja keras #ibarat dipotong kepala #Khairy Jamaluddin #Mohamad Hasan #PRK DUN Rantau #Tok Mat
;