Jangan 'bergayut' di pagar istana - Salahuddin
Irwan Muhammad Zain
Januari 14, 2021 15:33 MYT
Januari 14, 2021 15:33 MYT
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub secara sinis menyindir Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu pengisytiharan darurat.
Menerusi akaun twitternya, Salahuddin berkata dalam berjuang menentang COVID-19 demi kepentingan rakyat dan negara tidak memerlukan sokongan majoriti.
Namun, kata beliau, seseorang ahli Parlimen perlu memiliki sokongan majoriti sekiranya mahu menjadi Perdana Menteri demi rakyat dan negara.
"Untuk berjuang menentang COVID-19 demi kepentingan rakyat dan negara tak perlu ada majoriti.
"Untuk menjadi Perdana Menteri demi berjuang untuk rakyat dan negara perlu ada majoriti.
"Jangan bergayut di pagar istana," katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perisytiharan Darurat: Bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung
Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.
#Salahuddin Ayub
#Parti Amanah Negara
#Pulai
#Perdana Menteri
#Istana
#ahli Parlimen
#Pakatan Harapan