Jambatan bengkok: DAP nafi tidak sependapat dengan Tun M
Diyana Ibrahim
Oktober 18, 2018 13:57 MYT
Oktober 18, 2018 13:57 MYT
DAP menafikan mereka tidak bersependapat dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung cadangan pelaksanaan semula projek jambatan bengkok.
Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong menganggap pendapat yang dibangkitkan DAP merupakan perkara biasa dalam sebuah kerajaan demokrasi.
“Ini cadangan tidak ada keputusan lagi. Ia biasa bagi negara demokrasi ada baik kita bincang semua cadangan dan kemudian baru ambil keputusan,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian yang tidak menolak kemungkinan projek jambatan bengok itu akan dilaksanakan semula.
Pengerusi DAP Johor itu berkata, ada perkara penting yang perlu diutamakan seperti pembesaran dan penambah baikan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di negeri tersebut.
“Tumpuan kerajaan kena menangani CIQ... besarkan CIQ. Kalau perlu kita pertimbangkan jambatan ketiga.
“Tapi kepentingan adalah menangani isu pengangkutan dan kesesakan di CIQ," tambahnya.
#CIQ
#DAP
#jambatan bengkok
#Kompleks Imigresen
#Liew Chin Tong
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#Timbalan Menteri Pertahanan