Jabatan Perdana Menteri nafi Ismail Sabri dilantik Pengerusi Petronas
Nickyson Nyambar
Disember 7, 2022 22:24 MYT
Disember 7, 2022 22:24 MYT
KUALA LUMPUR : Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan maklumat tular yang mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Pengerusi Petronas.
JPM memaklumkan poster dan maklumat yang dikongsi itu adalah palsu.
Sehubungan itu, JPM dalam hantaran di Facebooknya pada Rabu turut mengingatkan agar orang ramai tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti dan palsu.
JPM dalam masa sama turut meminta agar semua pihak untuk merujuk kepada laman media sosial rasmi JPM untuk berita sahih iaitu Facebook; Jabatan Perdana Menteri; Twitter @jpmgov; Instagram @jabatanperdanamenteri dan TikTok @jpmgov.
Sebelum ini tular sebuah poster yang memaparkan pertemuan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya berkaitan pelantikan Ismail Sabri sebagai Pengerusi Petronas.