Isyarat jelas rakyat tidak puas hati pentadbiran PH - Annuar Musa

Sahlizah Mohamed
April 13, 2019 23:16 MYT
ANNUAR: Rakyat memilih BN sebagai tempat untuk mencurahkan rasa kecewa dan hilang kepercayaan kepada PH.
Kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau melambangkan isyarat jelas rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia menjadikan rakyat memilih BN sebagai tempat untuk mencurahkan rasa kecewa dan hilang kepercayaan kepada PH.
“Saya fikir kemenangan ini refleks sentimen rakyat secara keseluruhannya sebab kita tidak dapat sebarang masalah dalam kempen.
“Saya rasa signal adalah jelas rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan PH,” katanya pada Sabtu malam.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
“Saya fikir kalau kita anggap ini sebagai satu neraca, ia sudah memberi satu refleksi.
“Ada konstitiusi luar bandar ada konstitiusi urban dan ini konstitiusi campuran yang keputusannya sama.
“Malah ini sebagai konstitiusi campuran yang biasanya UMNO tidak begitu kuat, tetapi nyata lebih kuat daripada Semenyih dan Cameron Highlands dalam keadaan kita serba kekurangan. Ini suara rakyat,” katanya.
Katanya, kerajaan PH terus membuat kesilapan kerana mereka masih lagi dalam mood sebagai pembangkang.
BACA: Selepas Rantau, Pas-UMNO teruskan kerjasama di PRK berikutnya
BACA: Kemenangan Rantau bukti ramai silap pilih pada PRU lalu - Najib
#Annuar Musa #Barisan Nasional #BN #DUN Rantau #kemenangan BN #Mohamad Hasan #pengundi #Politik Malaysia #PRK #prk rantau
;