Isu Whatsapp tular: Akmal Nasrullah jumpa Anwar Ibrahim

Astro Awani
Disember 14, 2020 15:57 MYT
Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir sudah berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjelaskan dakwaan beliau mempersenda Presiden PKR itu dalam aplikasi Whatsapp yang tular di media sosial. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjelaskan dakwaan beliau mempersenda Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam aplikasi Whatsapp yang tular di media sosial.
Foto pertemuan di parlimen itu didedahkannya melalui Twitter pada Isnin.
"Alhamdulillah, saya telah bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini. Saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan kekhilafan yang berlaku dan beliau berharap isu ini tidak diperpanjangkan lagi," katanya dalam satu status yang dimuat naik di Twitternya pada Isnin.
BACA: Tindakan Akmal Nasir belakangkan Presiden, khianat parti
BACA: Sebarang tindakan disiplin terhadap Akmal Nasrullah perlu diambil berdasarkan lunas parti - AMK Selangor
BACA: Perbualan pemimpin muda PKR tular, luah rasa kecewa terhadap Anwar
Semasa pertemuan itu juga, Akmal berkata, beliau mendengar nasihat Anwar untuk terus melakukan reformasi parti dan pada masa sama, meraikan perbezaan sesama anggota.
"Saya juga mengambil pesanan Datuk Seri Presiden untuk seluruh anggota Keadilan bergerak ke hadapan dan fokus dalam melaksanakan amanah Reformasi.
"Kita Keadilan adalah satu keluarga. Perbezaan sesama kita perlu diraikan selagi perbezaan itu bernaung di bawah prinsip dan idealisme reformasi," ujarnya.

Alhamdulillah, saya telah bertemu DS @anwaribrahim di Parlimen hari ini. Saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan kekhilafan yang berlaku dan beliau berharap isu ini tidak diperpanjangkan lagi. 1/n pic.twitter.com/5lghPMU42h

— Akmal Nasir (@akmalnasir) December 14, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Anwar Ibrahim #Akmal Nasrullah Mohd Nasir #PKR #Amanah Reformasi #idealisme reformasi
;