Isu tanah Taman Manggis: Rahman Dahlan alu-alukan debat bersama Guan Eng

Syafique Shuib
April 7, 2016 23:20 MYT
Abdul Rahman (gambar) berkata debat itu akan membolehkan rakyat Pulau Pinang mengetahui fakta dan kebenaran mengenai skandal Taman Manggis. -Gambar fail
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mengalu-alukan debat awam mengenai tanah Taman Manggis.
Ini susulan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menyahut cabaran untuk berdebat bersama beliau mengenai pembelian tanah itu.
Abdul Rahman menerusi satu kenyataan di Twitter berkata pegawai beliau akan menghubungi Guan Eng untuk menyelaraskan butiran debat tersebut.

@cmlimguaneng Saya alu-alukan debat awam mengenai isu Taman Manggis. Pegawai saya akan menghubungi pihak YAB untuk selaraskan butirannya.

— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) April 7, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, Abdul Rahman berkata debat itu akan membolehkan rakyat Pulau Pinang mengetahui fakta dan kebenaran mengenai skandal Taman Manggis.

@cmlimguaneng Debat itu nanti akan membolehkan rakyat Pulau Pinang mengetahui fakta dan kebenaran mengenai skandal Taman Manggis.

— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) April 7, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Guan Eng sebelum ini mengulas cabaran debat Abdul Rahman mengenai isu tanah Taman Manggis yang didakwanya sudah ditukar milik dan bukan lagi milik syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre kerana dijual kepada pihak ketiga.
Guan Eng sanggup berdepan dengan Abdul Rahman sungguh pun beliau tidak mempunyai maklumat seperti didakwa Ahli Parlimen Kota Belud itu.
#Abdul Rahman Dahlan #debat #Lim Guan Eng #tanah Taman Manggis
;