Isu tanah Ijok bukti kerajaan Selangor tidak ada akauntabiliti - Isham Jalil
Irwan Muhammad Zain
April 8, 2018 23:15 MYT
April 8, 2018 23:15 MYT
Isu tanah peneroka di Ijok membuktikan kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Pakatan Harapan tidak mempunyai akauntabiliti, kata Pegawai Khas Perdana Menteri Isham Jalil.
Katanya, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersikap lepas tangan dan menyalahkan Barisan Nasional dalam isu ini.
"Dalam sidang DUN, Azmin mengatakan beliau berjaya menyelesaikan isu ini tanpa membayar pampasan kepada pemaju.
"Pada saya ada dua perkara yang tak masuk akal dalam hal ini, pertama kenapa menteri besar Selangor atau kerajaan negeri perlu bayar pampasan kepada pemaju?
"Sepatutnya kita denda pemaju-pemaju yang 18 tahun tak deliver ini bukan bayar pampasan," katanya kepada Astro AWANI.