Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'

Irfan Faruqi
September 18, 2024 08:30 MYT
Manimaran berkata peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan Parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara MoU semata-mata. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan Parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara perjanjian persefahaman (MoU) semata-mata.

Ringkasan AI
  • Perundangan Lebih Baik Daripada MoU: Peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan. Sikap Politik Pembangkang: Sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan adalah bersifat politik semata-mata, dan mereka mungkin kembali ke meja rundingan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota. Pendedahan Dokumen oleh Kerajaan: Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof, mendedahkan dua deraf sebenar dokumen MoU untuk membolehkan rakyat menilai sendiri.

Pada masa yang sama, bekas ahli tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC) Dr G Manimaran berpendapat sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.
“Ada ruang untuk menyelesaikan isu yang berbangkit. Tetapi saya fikir pembangkang menolak MoU ini kerana mereka bimbang hilang kuasa untuk membangkang semua perkara.
“Saya fikir mereka akan kembali ke meja rundingan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Isu MoU ini dianggap sebagai satu bahan politik yang boleh digunakan dalam PRK.
“Secara keseluruhan, berbanding kita menggunakan MoU sebagai kerangka, lebih baik kita wujudkan undang-undang yang merangkumkan perihal pendanaan politik, pengisytiharan harta, imbuhan tetap dan dana pembangunan kawasan parlimen,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar
Pada Isnin, sehari selepas pembangkang sebulat suara menolak MoU berkaitan penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen PN, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof tampil mendedahkan dua deraf sebenar dokumen yang masih menjadi kontroversi itu.
Menurutnya, tindakan ini diambil bagi membolehkan rakyat menilai sendiri bahawa kesemua dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin mengenai perjanjian terbabit adalah tidak berasas sama sekali.
Agenda AWANI: MoU peruntukan pembangkang gagal: Apa selepas ini?
#Fadillah Yusof #Hamzah Zainudin #Kerajaan Perpaduan #Parlimen #MoU #pembangkang #perpaduan #Perikatan Nasional
;