Isu pelantikan Nazri Aziz dibincang dalam mesyuarat BN Jumaat

Rahimah Abdullah
Mac 5, 2019 23:11 MYT
Menurut MCA dan MIC, pelantikan Mohamed Nazri sebagai Setiausaha Agung BN tidak pernah dibincang atau mendapat persetujuan secara rasmi di dalam Dewan Tertinggi BN. - BERNAMA/Fail
Isu pelantikan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) akan dibincangkan pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN Jumaat ini, ujar Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ia adalah antara beberapa isu-isu lain yang berbangkit yang akan dibincangkan antara parti komponen dalam BN.
"Tidak apa. Itu kita akan bincang daam mesyuarat BN Jumaat ini," katanya kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pas dan UMNO di Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Selasa.
Mesyuarat Bersama MCA dan MIC pada Isnin membuat ketetapan bahawa pelantikan Mohamed Nazri adalah tidak mengikut Perlembagaan BN.
Menurut kenyataan bersama kedua-dua parti itu, pelantikan Mohamed Nazri sebagai Setiausaha Agung BN tidak pernah dibincang atau mendapat persetujuan secara rasmi di dalam Dewan Tertinggi BN walaupun ia diumumkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam majlis perasmian Perhimpunan Agung MIC pada 27 Okt lalu.
#Barisan Nasional #MCA #MIC #Mohamad Hasan #Nazri Aziz #PAS #UMNO #Zahid Hamidi
;