Ismail Sabri sebagai 'poster boy' BN ketentuan parti - Hishammuddin

Bernama
November 7, 2022 20:54 MYT
Hishammuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong berkata untuk merealisasikan hasrat BN berkenaan parti perlu memenangi PRU15. - Gambar fail
TANGKAK: Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pendirian UMNO mengekalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai "poster boy" Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum-Ke-15 (PRU15) telah ditentukan lebih awal oleh parti.
Justeru, Hishammuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong berkata untuk merealisasikan hasrat BN berkenaan parti perlu memenangi PRU15.
"...daripada dahulu lagi parti telah menentukan dan telahpun buat pendirian bahawa beliau 'poster boy' kita...yang penting nak jadi Perdana Menteri kena menangkan parti dahulu," katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Undi BN Johor di Parlimen Pagoh di Kampung Baru Grisek di sini hari ini.
[LAPOR LANGSUNG]: Gelanggang PRU15 sudah dibuka, calon penuh ada di sini
RUJUK SENARAI CALON PRU15 DI SINI
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengulangi keputusan bahawa Ismail Sabri akan kekal sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan tersebut memenangi PRU15.
Ahmad Zahid berkata walaupun Ismail Sabri tidak memegang jawatan paling tinggi parti, itu bukan isu yang perlu diperbesarkan.
Mengulas laporan media mengenai dakwaan Rafizi kononnya Pakatan Harapan berpotensi memenangi 13 hingga 15 kerusi parlimen di Johor pada PRU15 ini, Hishammuddin berkata rakyat yang akan menentukan keputusan itu ketika hari pengundian PRU15 pada 19 Nov ini.
-- BERNAMA
#PRU15 #ismail sabri yaakob #poster boy #Hishammuddin Hussein
;