Ismail Sabri, Hishammuddin mampu tadbir dan bantu kerajaan tangani COVID-19 - MB Johor

Astro Awani
Julai 7, 2021 18:38 MYT
Datuk Hasni Mohammad amat yakin kedua-dua tokoh pemimpin dari UMNO itu mampu mentadbir dan merealisasikan usaha kerajaan dengan jawatan baharu yang dipikul. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad merakamkan tahniah di atas pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik sebagai Menteri Kanan Luar.
Menurut Hasni, beliau amat yakin kedua-dua tokoh pemimpin dari UMNO itu mampu mentadbir dan merealisasikan usaha kerajaan dengan jawatan baharu yang dipikul.
Katanya, kedua-dua figura politik itu juga adalah watak penting mengubah landskap negara dalam mendepani pandemik COVID-19.
"Saya amat yakin dua tokoh pemimpin yang datang dari UMNO ini mampu untuk mentadbir dan menjayakan usaha kerajaan bukan sahaja tangani isu COVID-19 tapi ekonomi yang dihadapi negara kita" kata Hasni.
Beliau berkata demikian selepas menerima penyerahan tiga mesin ventilator di Hospital Sultanah Aminah, di sini hari ini.
#ismail sabri yaakob #Hishammuddin Hussein #Timbalan Perdana Menteri #Menteri Besar Johor #Hasni Mohammad #Menteri Kanan Luar #UMNO
;