Ismail Sabri galas tugas Timbalan Presiden UMNO
Astro Awani
Disember 20, 2018 15:07 MYT
Disember 20, 2018 15:07 MYT
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri akan memangku tugas Timbalan Presiden parti itu.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Pengurusan parti, hari ini.
Katanya, keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira Ismail sebagai Naib Presiden paling kanan.
"Keutamaan UMNO sekarang adalah memperkukukhkan saf kepimpinan dan fokus kepada agenda pengukuhan parti.
"Diharapkan proses pengukuhan parti di semua peringkat dapat direalisasikan sebaiknya seperti yang dihasratkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi," katanya.
Kelmarin, Ahmad Zahid mengumumkan menyerahkan tugas memimpin parti kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan serta merta.
#Ahmad Zahid Hamidi
#Annuar Musa
#Ismail Sabri
#Mohamad Hasan
#Naib Presiden
#parti keramat Melayu
#UMNO