Inilah fungsi 'filter', kata Khairy kepada Rafizi

Astro Awani
Disember 19, 2018 02:22 MYT
Rafizi, bersama Nurul Izzah dan Khairy. - Foto Instagram/@khairykj
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli, sekali lagi dilihat bertemu untuk makan tengah hari bersama.
Menerusi sebuah foto yang dimuat naik di Instagram Story pada Selasa, Khairy memuatnaik foto mereka bertiga dengan kapsyen, “That’s how filters work @rafiziramli.” (Beginilah cara ‘filter’ berfungsi, Rafizi).
Gambar tersebut dipercayai diambil di restoran Alexis, di Bangsar Shopping Centre.
Bekas ketua Pemuda UMNO itu merujuk kepada posting Rafizi di Twitter sebelum ini yang memuatnaik gambar tiga sahabat itu tanpa disunting.
Rafizi pada minggu lalu mendedahkan, beliau, Khairy dan Nurul Izzah memang kadang-kala ada berjumpa untuk makan tengah hari bersama.
Dalam sebuah foto yang dimuat naik menerusi laman Twitter miliknya pada 11 Disember, bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, meskipun mereka daripada parti politik yang berbeza, mereka memiliki aspirasi yang sama.
BACA: 'Sekali sekala, kami jumpa untuk makan tengah hari bersama'
Nurul Izzah pada Isnin lalu telah mengejutkan ramai pihak dengan pengumumannya meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR serta melepaskan jawatan Pengerusi PKR Pulau Pinang.
Dalam satu kenyataan kepada media, Nurul Izzah menegaskan beliau bagaimanapun akan mengekalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang
BACA: Nurul Izzah letak jawatan Naib Presiden PKR
BACA: Rafizi harap pertimbang keputusan, Khairy pasti Nurul Izzah akan kembali
Tindakan itu mendapat respon segera dari Rafizi yang berharap agar Nurul Izzah mempertimbangkan keputusannya, manakala Khairy pula yakin puteri reformasi itu akan kembali.

PERLETAKAN JAWATAN @n_izzah Saya menerima panggilan yang tidak putus-putus dari kalangan pendokong KEADILAN, wartawan dan orang ramai mengenai berita perletakan jawatan Saudari Nurul Izzah dari jawatan kepimpinan. Berikut adalah pandangan saya:https://t.co/TnNHdJnBFP

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) December 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An exemplary MP and worthy opponent. I am sure once the country is finally ready for a generational change in politics, @n_izzah will be back. It would be a terrible waste if she doesnt return to frontline politics. https://t.co/DBBgg9iUNQ

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) December 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#filter #Khairy Jamaluddin #makan tengah hari #Nurul Izzah Anwar #PKR #politik #Rafizi Ramli #UMNO