Ini sebab kenapa Khairy perlu kekal di dalam UMNO

Astro Awani
Disember 14, 2018 19:07 MYT
Rafizi mengutuskan surat kepada Khairy dan berharap Ahli Parlimen Rembau itu kekal di dalam UMNO
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berpendapat tindakan gerombolan pemimpin terutamanya ahli-ahli parlimen UMNO keluar parti akan menguatkan lagi UMNO.
Justeru itu, Rafizi berharap Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin akan terus kekal dan bersuara di dalam UMNO kerana negara memerlukan barisan pembangkang yang cekap, cerdik, jujur dan ikhlas.
Beliau mengutarakan hujah dan pandangan itu dalam surat terbukanya kepada bekas Ketua Pemuda UMNO pada Jumaat.
"Tetapi percayalah, jika Saudara berpegang kepada niat untuk berkhidmat dan membela rakyat, pemergian mereka yang meninggalkan UMNO ini akan menguatkan UMNO.
Dengan syarat pimpinan-pimpinan UMNO yang kekal mesti takut kepada Allah, tolak rasuah...
"Dengan syarat pimpinan-pimpinan UMNO yang kekal mesti takut kepada Allah, menolak rasuah, menyeru ke arah persaudaraan rakyat pelbagai kaum yang membina, berjiwa progresif yang menggalakkan (bukan menidakkan), berkata benar dan benar-benar menjiwai rakyat,” ujar Rafizi.
Tambah Rafizi, beliau mengutuskan surat terbuka ini sebagai usaha menyakinkan Khairy agar tidak keluar UMNO dan membawa suara segar dalam politik negara.
"Saudara menjadi harapan ramai orang muda yang mahu melihat politik Malaysia yang lebih baik dan mendamaikan di masa hadapan,” ujarnya.
Walau bagaimanapun, Rafizi mengakui saat ini pastinya menjadi tempoh yang sukar buat Khairy dan mereka yang masih mahu membantu rakyat atas platform UMNO.
Berikut surat terbuka Rafizi kepada Khairy:
SURAT KEPADA KHAIRY
Saya pasti Saudara menerima banyak mesej hari ini. Saya memilih untuk menghantar mesej yang terbuka kerana kita ada tanggungjawab untuk bercakap secara terus-terang.
Walaupun berita ahli-ahli parlimen UMNO keluar parti beramai-ramai ini sudah berlegar buat seketika, ia tetap mengejutkan. Saya faham kesannya kepada Saudara dan rakan-rakan saudara di dalam UMNO, kerana kami sendiri pernah melalui ketika ia berlaku kepada KEADILAN dalam tahun 2010 dahulu.
Sudah tentu ada yang menuduh saya menjadi penyokong UMNO sekarang, hanya kerana saya menyebut “saya faham kesannya kepada Saudara”.
Tidak ada pemimpin yang sayangkan partinya dan perjuangan yang diangkat oleh partinya, yang tidak terkesan apabila wakil rakyat (yang menang atas tiket partinya) keluar parti. Bukan atas alasan prinsip atau berbeza pandangan mengenai dasar yang pokok, tetapi kerana menjadi pembangkang (setelah sekian lama menjadi kerajaan) tidak semudah semasa menjadi kerajaan dahulu.
Tujuan saya menulis surat kepada Saudara ialah untuk meyakinkan Saudara untuk kekal berada di dalam UMNO, kerana saya percaya rakyat dan negara memerlukan barisan pembangkang yang cekap, cerdik, jujur, amanah dan ikhlas.
Sebuah kerajaan yang terlalu kuat kerana pembangkangnya lemah, akan terdorong ke arah pelbagai salah guna kuasa. Kita sudah melaluinya selama 61 tahun.
Kekalahan UMNO (walaupun perit kepada pemimpin dan penyokong UMNO) memberi peluang kepada UMNO untuk melalui pembaharuan. Saya berdoa UMNO menginsafi segala masalah yang lalu yang menyebabkan ia ditolak rakyat dan kembali untuk berkhidmat kepada rakyat dengan sejujurnya.
Saya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan untuk meranapkan mana-mana parti pembangkang. Saya mungkin tidak bersetuju atau tidak sehaluan dengan tindakan atau pendapat parti-parti pembangkang, tetapi saya menghargai peri pentingnya parti pembangkang yang berkesan untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga.
Beberapa hari, minggu dan bulan yang mendatang mungkin mendung buat Saudara dan sahabat-sahabat yang ikhlas ingin membantu rakyat atas platform UMNO.
Tetapi percayalah, jika Saudara berpegang kepada niat untuk berkhidmat dan membela rakyat, pemergian mereka yang meninggalkan UMNO ini akan menguatkan UMNO.
Dengan syarat pimpinan-pimpinan UMNO yang kekal mesti takut kepada Allah, menolak rasuah, menyeru ke arah persaudaraan rakyat pelbagai kaum yang membina, berjiwa progresif yang menggalakkan (bukan menidakkan), berkata benar dan benar-benar menjiwai rakyat.
Saudara menjadi harapan ramai orang muda yang mahu melihat politik Malaysia yang lebih baik dan mendamaikan di masa hadapan.
Untuk itu, Saudara perlu kekal di dalam UMNO dan terus bersuara agar UMNO menjadi parti pembangkang yang berkesan.
Saya akan dimaki kawan dan lawan kerana berpandangan begini. Tetapi itu peranan orang yang berjiwa bebas seperti kita, supaya ada orang yang terus bersuara walaupun pahit.
Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Saudara.
Rafizi Ramli

Saya jarang berutus surat dengan lelaki. Hari ini, saya menulis surat kepada @Khairykj secara terbuka mengenai kemelut ahli-ahli parlimen UMNO yang melompat meninggalkan parti. Baca di:https://t.co/atQ9AsQCkP pic.twitter.com/QpWfETwiw6

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) December 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Lain kali bisik la masa lunch. Diva betul open letter ni.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) December 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rafizi turut mengutuskan surat yang sama dalam Bahasa Inggeris.
Saudara Khairy
I am sure you receive a lot of messages today. I choose to send a public message like this because we have a responsibility to be open and transparent on issues that matter most to the public.
While the news (of groups of UMNO MPs leaving the party) has been around for a while, it still came as a shock. I understand how demoralising it would have been to you and your colleagues in UMNO because we went through a similar ordeal when it happened to KEADILAN in 2010.
I will be accused of being a sell-out, just because I sound empathetic.
The truth is: no one who loves his party (and what the party stands for) can stomach MPs (who were elected on the party’s ticket) leaving the party in such a manner. The reason for leaving was not policy differences or anything to do with principles; they went for convenience. Life as opposition MPs feels so hard, having been government MPs for so long.
I pen this letter (with all its flamboyance that comes with it) because I feel the need to express some sort of solidarity, that it is in the best interest of the nation for good and honest people to remain in UMNO.
Since 1998, I did not fight for a mere change of government. I wanted to see a robust 2-party system:
A government that is fair to a competent opposition, and an opposition that is competent to act as a check-and-balance that it deserves to be in government.
Malaysia needs a competent opposition bench that can articulate issues (on behalf of the rakyat), an opposition that is made up of honest, wise and sincere people.
A government that is too strong because the opposition is too weak will eventually become corrupt. We have gone through the experience for 61 years.
UMNO’s defeat (no matter how painful it was to its leaders and supporters) gives it a second chance to embrace reforms. I pray that UMNO accepts the defeat with humility and understands why people rejected it so that UMNO can go back to the drawing board to rebuild a party that will truly serve the rakyat.
I disagree with any action, decision or attempts to annihilate the opposition (whichever party it may be). I may disagree with the opposition’s opinion, action or positions in many issues, but I appreciate the value of an effective opposition in a democratic society.
The next few days, weeks and months may appear to be bleak for you and your colleagues who are pushing for genuine reforms in UMNO.
But, if you work steadfastly to serve the public with integrity, the so-called exodus of the (former) UMNO MPs will only strengthen UMNO.
Provided: those who remain must be God-fearing leaders who reject corruption totally and work towards an inclusive Malaysia that builds (not that divides). UMNO will thrive if those who stay become progressive advocates who speak the truth on behalf of the public.
You are one of the leading lights of the progressive voice in the country. Many young people remain hopeful you will play a pivotal role to promote a new political culture that can unite us in spite of all our differences.
For that reason, I hope you will remain in UMNO and helps UMNO to become an effective opposition.
I will be cursed with profanities by friends and enemies alike, for saying this. But that is why we are who we are because we cherish the freedom to call a spade a spade.
I pray that all will eventually be well for you.
Rafizi Ramli
#keluar UMNO #Khairy Jamaluddin #KJ kekal UMNO #Rafizi KJ #Rafizi Ramli #Surat Rafizi #UMNO
;