Ini kata Tun Mahathir...

Astro Awani
Mei 9, 2018 16:20 MYT
Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media di sebuah hotel di ibu negara. Gambar Astro AWANI
Pakatan Harapan (PH) mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa masih belum menandatangani Borang 14 (Borang Penyata Pengundian Selepas Pengiraan undi) bagi mengesahkan kemenangan parti itu.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pengumuman kemenangan mana-mana parti hanya akan dapat dilakukan jika dokumen berkenaan ditandatangani SPR melalui Ketua Tempat Pengundi (KTM).
Tun M: Secara tak rasmi, kami sudah dapat 6 negeri: Selangor, Pulau Pinang, Melaka, N.Sembilan, Johor, Kedah. Kami juga sudah lepasi 112 kerusi Parlimen, tapi Pegawai SPR sengaja tangguh tandatangan borang untuk rasmikan keputusan @501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/QyknKbluE0
— Luqman Hariz AWANI (@luqmanhriz) May 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tun M: Saya mahu mengadap Yang Dipertuan Agong, tapi saya tak tahu sama ada baginda mahu jumpa saya. Tanpa keputusan diumumkan, saya tak boleh mengadap baginda @501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/5CiCkVmUcW

— Luqman Hariz AWANI (@luqmanhriz) May 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Mahathir Mohamad #Malaysia Memilih #Pakatan Harapan #pilihan raya #pilihan raya umum #PRU14 #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya