Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan beliau akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS yang disandangnya sekarang sekaligus menolak pencalonan untuk jawatan timbalan presiden parti itu.
Dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, Husam berkata beliau memahami hasrat dan keprihatinan PAS kawasan yang mencalonkannya untuk jawatan presiden dan timbalan presiden parti Islam itu.
"Saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua kawasan yang terlibat yang telah memberikan kepercayaan dan harapan yang begitu tinggi kepada saya, termasuk untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti.
"Saya memahami hasrat dan keprihatinan mereka, terutama terhadap hala tuju perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dalam konteks Malaysia bagi dekad-dekad akan datang.
"Dengan memohon berbanyak maaf kepada semua kawasan dan ahli yang meletakkan harapan besar itu, saya hanya berhasrat menerima pencalonan jawatan Naib Presiden PAS yang saya sandang sekarang," katanya.
BACA: Tuan Ibrahim sah cabar Mat Sabu untuk jawatan nombor dua PAS
BACA: PAS Kuala Kedah pilih Hadi terajui parti
BACA: Tuan Ibrahim 'malu alah', Abdul Hadi belum bagi 'signal' turun - Penganalisis
Dalam kenyataannya juga Husam menegaskan apa yang dicapai oleh PAS hari ini adalah kerana kesinambungan dari pendekatannya, strategi dan kaedah yang telah diputuskan oleh pendahulu parti itu secara syura pada semua peringkat.
Katanya, matlamat membentuk kerajaan persekutuan dan pendekatan 'PAS For All' untuk memenangi hati pengundi bukan Islam bukan diputuskan oleh mana-mana individu.
Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor ini berkata ia merupakan keputusan yang dibuat oleh jamaah peringkat demi peringkat.
"Jika matlamat itu difikirkan tidak syar'ie, jamaah perlu membuat keputusan yang baru dan tidak boleh mana-mana pihak dalam jamaah mengambil sikap untuk menidakkan keputusan yang telah dibuat sebelum ini.
"Politik Islam yang mengatasi sempadan kaum sehingga membuahkan kepercayaan penyokong bukan tradisi adalah sebahagian dari buah kejayaan dalam rangka jangka panjang dakwah dan siasah Islami.
"Ia kejayaan dan keberkatan dari apa yang telah disyurakan sebelum ini," katanya lagi.
Keputusan Husam untuk tidak bertanding jawatan timbalan presiden PAS menjadikan setakat ini hanya dua calon, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berhasrat untuk merebut jawatan tersebut.
Jawatan nombor dua PAS itu kini disandang oleh Mat Sabu selepas berjaya menewaskan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada pemilihan 2013.
Mohd Amar, yang turut dicalonkan sekali lagi kali ini, dikatakan calon yang berpotensi untuk menewasakn Mat Sabu pada pemilihan dua tahun lalu.
Astro Awani
Mon May 18 2015
Keputusan untuk mempertahankan jawatannya itu dibuat dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini. - Gambar Fail
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.