Hujan iringi ceramah Grand Finale Pakatan Harapan
Sinar Harian
Mei 6, 2018 21:52 MYT
Mei 6, 2018 21:52 MYT
Hujan lebat mengiringi program ceramah Grand Finale Malam Semarak Tsunami Rakyat anjuran Pakatan Harapan (PH), di sini.
Bagaimanapun, hujan yang mula turun kira-kira jam 7.50 malam sebentar tadi, tidak menghalang orang ramai untuk berpusu-pusu ke program berkenaan yang berlangsung di Padang Bolasepak AU2, Taman Keramat.
Program yang dijadualkan akan bermula sekitar jam 8 dijangka menampilkan beberapa pimpinan tertinggi Harapan dalam usaha meraih sokongan rakyat menjelang hari mengundi, 9 Mei ini.
Antara yang dijangka hadir termasuklah, Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan lain-lain.
Rata-rata orang ramai yang hadir ke program berkenaan dilihat membawa payung dan setia menunggu walaupun dalam keadaan hujan.
#DAP
#grand finale
#Lim Guan Eng
#Mahathir Mohamad
#Malam Semarak Tsunami Rakyat
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#Mohamad Sabu
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#PKR
#Wan Azizah Wan Ismail