Howard tak perlu ulang perbuatan petik ayat al-Quran - Asyraf Wajdi
Sinar Harian
September 24, 2023 14:56 MYT
September 24, 2023 14:56 MYT
SHAH ALAM: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menasihati Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How agar tidak lagi mengulangi perbuatan memetik atau merujuk ayat-ayat al-Quran dalam memberikan pandangannya berhubung hal berkaitan politik.
Asyraf Wajdi berkata, ia bagi mengelakkan fitnah dan disalah tafsir hingga mencetuskan polemik yang tidak berkesudahan.
"Walaupun perbuatan DAP itu pernah dihalalkan oleh kepimpinan Pas waktu bersama dahulu, namun saya harap Howard tidak mengulanginya lagi.
"Terima kasih saudara Howard kerana menerima pandangan dan teguran saya secara positif," ujarnya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook pada Ahad.
Sebelum ini, Howard Lee dalam video di TikTok menafsirkan potongan ayat surah an-Nisa untuk menggesa umat Islam menyokong Kerajaan Perpaduan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian