Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia

Amanz
Januari 16, 2025 13:00 MYT
Google NotebookLM boleh menjana fail audio dengan dua hos AI yang membincangkan kandungan fail nota, audio, atau video yang dimasukkan. -Amanz
MASUKKAN sahaja mana-mana fail nota, audio atau video ke Google NotebookLM, ia akan menjana fail audio dengan dua hos AI membincangkan perkara mengenai kandungan di dalam fail-fail tadi.

Ringkasan AI
  • Google NotebookLM boleh menjana fail audio dengan dua hos AI yang membincangkan kandungan fail nota, audio, atau video yang dimasukkan.
  • Pengguna boleh menyampuk perbincangan hos AI dan terus berbual atau bertanya soalan, seakan membuat panggilan telefon ke stesen radio.
  • Google melatih hos AI dengan "friendliness tuning" untuk memastikan mereka mesra dan tidak jengkel terhadap manusia.

Ia turut boleh membincangkan topik dengan lebih spesifik dan antara ciri baharu adalah pengguna boleh menyampuk perbincangan hos AI dan terus berbual atau tanya mereka sesuatu seakan anda melakukan panggilan telefon ke stesen radio.
Ciri ini walau bagaimanapun bukan untuk dilancarkan. Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Jika tidak, ciri berbual atau terus tanya tadi akan membuatkan hos AI berasa jengkel terhadap manusia.
Google melatih hos AI dengan melakukan simulasi di dunia nyata, bagaimana apabila ada sekumpulan orang sedang melakukan perbincangan dan salah seorang ahli menyampuk.

After we launched interactive Audio Overviews, which let you "call in" and ask the AI hosts a live question, we had to do some friendliness tuning because the hosts seemed annoyed at being interrupted. File this away in things I never thought would be my job, but are.

— notebooklm (@notebooklm) January 13, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Apa-apa pun, NotebookLM adalah antara ciri AI generatif yang saya sangat suka gunakan. Masukkan sahaja apa-apa dokumen atau artikel dan hos AI boleh melakukan perbincangan menarik seakan mendengar podsiar sebenar.
#AI Generatif #Google #podsiar #NotebookLM #fail audio dengan dua hos AI
;