Hishammuddin sedia bantu kepimpinan UMNO pusat baharu
Bernama
Jun 30, 2018 05:35 MYT
Jun 30, 2018 05:35 MYT
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersedia membantu Majlis Tertinggi baharu parti itu sekiranya diminta berbuat demikian.
Hishammuddin yang tidak bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti kali ini berkata beliau bersedia membantu usaha memulihkan UMNO khususnya di peringkat bahagian dan Johor.
"Jika kepimpinan baharu pusat perlukan bantuan saya, saya tidak teragak-agak dan bersedia... saya tidak akan tinggalkan UMNO.
"Biarpun tidak ditawarkan jawatan, asalkan usaha memulihkan UMNO dapat diusahakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Hishammudin yang juga Anggota Parlimen Sembrong meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi alasan kukuh berhubung pembekuan akaun parti itu.
-- BERNAMA
#beku
#Hishammuddin Hussein
#Johor
#majlis tertinggi
#pembekuan akaun
#perwakilan
#pimpinan pusat
#politik
#UMNO