Hishammuddin mahu lihat kepimpinan baharu dalam UMNO

Dania Zainuddin
Mei 12, 2018 15:02 MYT
Hishammuddin juga menyeru kepada ahli UMNO, termasuk sayap-sayap parti, untuk tidak bertindak dengan emosi. - Foto Bernama
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussien bersetuju bahawa UMNO memerlukan kepimpinan baharu supaya parti boleh dikembalikan maruah dan prinsip yang selama ini dijunjung.
Proses itu juga perlu dilakukan dengan tertib.
Dalam satu kenyataan di Twitter, Hishammuddin juga menyeru kepada ahli UMNO, termasuk sayap-sayap parti, untuk tidak bertindak dengan emosi.
“Saya menyeru dan merayu kepada semua pihak untuk bersabar dan memberikan ruang supaya perkara ini dapat mengizinkan kita melaksanakannya dengan segera.
“Percayalah, saya akan lakukan yang terbaik demi parti dan negara yang tercinta. Semoga Allah SWT memelihara UMNO,” katanya.

Saya bersetuju dengan pendapat ahli dan rakyat bahawa UMNO memerlukan kepimpinan baru dan ianya harus dilakukan dengan tertib supaya parti boleh dikembalikan dengan maruah dan prinsip yang dijunjung.

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) May 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kepada ahli UMNO yang dicintai, jangan bertindak dengan emosi. Kita lakukan ini demi masa hadapan dan kesatuan kita. Perkara ini telah pun saya sampaikan kepada setiap pucuk pimpinan termasuk sayap-sayap di dalam parti.

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) May 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya menyeru dan merayu kepada semua pihak untuk bersabar dan memberikan ruang supaya perkara ini dapat mengizinkan kita melaksanakannya dengan segera. Percayalah, saya akan lakukan yang terbaik demi parti dan negara yang tercinta. Semoga Allah SWT memelihara UMNO.

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) May 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Najib Razak letak jawatan Presiden UMNO, Pengerusi BN
Sebelum ini, terdapat desakan dari akar umbi parti agar Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.
Najib dalam satu kenyataan Twitter juga telah mengambil maklum, dan berkata akan membuat keputusan bagi mengembalikan semula kekuatan UMNO dan Barisan Nasional, dan kepercayaan rakat.

Sebarang keputusan yang saya akan buat nanti, hanyalah untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional agar kembali kuat dan mendapat semula kepercayaan rakyat. https://t.co/HtQ6ARk6qh

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Barisan Nasional #Hishammuddin Hussein #Malaysia Memilih #MalaysiaMemilih #Najib Razak #Pakatan Harapan #UMNO
;