Hishammuddin jumpa Tun M di Putrajaya semalam?

Astro Awani
September 19, 2018 04:37 MYT
Adakah Hishammuddin berjumpa Tun Dr Mahathir tatkala UMNO dilanda 'gelombang'? - Gambar fail
Penasihat Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, Datuk A.Kadir Jasin menimbulkan persoalan di laman Facebook miliknya hari ini.
"Assalamualaikum Datuk Seri Hishammudin. Nak tanya, semalam pergi Putrajaya jumpa siapa?" memetik kenyataan itu.
Persoalan itu sekali gus mencetuskan lebih banyak persoalan selepas Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman umum keluar UMNO dalam tempoh 24 jam.
BACA: Tok Pa keluar UMNO: 'This is on you, Mr President' - KJ
BACA: Pengunduran Tok Pa, pengakhiran UMNO - Syed Saddiq
Adakah Hishammuddin berjumpa Tun Dr Mahathir untuk mendapatkan nasihat tatkala UMNO dilanda 'gelombang'?
Astro AWANI akan mendapatkan penjelasan Hishammuddin berhubung persoalan yang dibangkitkan Kadir.
#A Kadir Jasin #Anifah Aman #Dr Mahathir Mohamad #Facebook #Hishammuddin Hussein #Mustapa Mohamed #Perdana Menteri #Putrajaya #UMNO