Hijab Wanita, Puteri UMNO hangat di PAU2017
Nursyazwani Saiful Sham
Disember 8, 2017 12:29 MYT
Disember 8, 2017 12:29 MYT
Cubaan pertama kali menjual hijab berlogokan UMNO ternyata memberi pulangan lumayan buat Noridah Udin Niah yang mengusahakan produk berasaskan hijab.
Pengusaha Her Majesty mendedahkan hanya tinggal 250 helai hijab sahaja selepas membawa 500 helai untuk dijual di gerai jualan aras empat, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Hijab yang diketengahkan berasaskan warna merah (mewakili Wanita UMNO) dan merah jambu (Puteri UMNO).
“Saya tidak menyangka bahawa kami dapat menjual hijab yang berharga RM129 itu dengan cepat.
“Kami cuba mengikut trend masa kini menggunakan material kain Matte Satin yang mudah dibentuk dan senang digosok. Ia antara tarikan utama pembeli hijab berlogokan UMNO ini,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
#hijab UMNO
#Merah
#merah jambu
#PAU2017
#Perhimpunan Agung UMNO 2017
#Puteri UMNO
#tudung UMNO
#Wanita UMNO