"Hentikan spekulasi mengenai pembubaran MIC oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan biar saya jelaskan isu sebenar."
Tegas Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel, terdapat terlalu banyak dakwaan dan maklumat salah kini mengenai isu pembubaran MIC yang dikatakan berpunca daripadanya.
"ROS telah mengeluarkan surat bertarikh 5 Disember 2014 kepada MIC berhubung isu pemilihan jawatankuasa yang dikatakan punca kemelut ini dan kita sudah melantik peguam untuk meneliti isu berkenaan.
"Peguam juga sudah menasihati parti untuk mengeluarkan surat bertarikh 24 Disember lepas dan menjelaskan isu berkenaan ROS selain ROS juga sudah menjawab surat itu pada 31 Disember," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan Palanivel itu menjawab dakwaan Naib Presiden MIC, Datuk M.Saravanan yang memintanya menyelesaikan kemelut parti dengan mengikut arahan yang diputuskan ROS untuk mengelakkan parti itu terbubar dengan sendirinya.
Saravanan membayangkan, seandainya parti dibubarkan, nasib lebih 600,000 ahli dan kaum India di negara ini disifatkan bakal menjadi penuh tanda tanya akibat tindakan Presiden mereka sendiri.
Sebuah portal melaporkan, bekas anggota jawatankuasa pusat MIC yang disingkirkan, Ramanan mendakwa Palanivel sengaja membiarkan ROS untuk membatalkan pendaftaran parti.
Ramanan berkata parti yang sudah berusia 68 tahun itu menghadapi risiko pembatalan pendaftaran kerana gagal memperbetulkan isu berkaitan pemilihan di beberapa bahagian dalam tempoh 30 hari seperti diarahkan ROS.
Dalam pada itu kata Palanivel, peguam parti juga sudah meneliti semua isu-isu dan akan memberikan nasihat mengenai tindakan seterusnya dalam masa terdekat.
"Pada ketika ini, saya tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana ia boleh menjejaskan hak MIC.
"Pada 2 Januari lepas, kami sudah menulis kepada ROS dan meminta pelanjutan masa tanpa menjejaskan hak MIC," jelasnya.
Kata Palanivel lagi, pihaknya sudah mengikut prosedur saluran yang betul dan diperuntukkan dalam Akta Pertubuhan 1966 dalam menangani aduan serta keputusan yang bakal dibuat ROS.
"Kami, bersama-sama dengan peguam, mengikuti prosedur yang betul dan telah mengambil segala langkah yang perlu untuk melindungi kepentingan MIC dalam perkara ini," ujarnya.
Oleh itu jaminnya, sebarang kebimbangan bahawa MIC akan dibatalkan pendaftarannya dalam masa 90 hari dari 5 Disember lepas tidak akan berlaku.
"Saya ingin memberi jaminan kepada semua bahawa kita tidak akan dalam apa jua cara membenarkan pembatalan pendaftaran tersebut akan berlaku," jelasnya.
MIC sepatutnya mengadakan perhimpunan agung tahunannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dengan sayap Wanita, Putera dan Puteri Ahad lepas dengan perhimpunan agung parti dijadualkan pada 13 dan 14 Disember.
Pemilihan MIC tahun lepas menyaksikan perebutan antara lapan pemimpin kanan bagi jawatan tiga naib presiden sementara 88 calon, antara mereka dua wanita, bertanding bagi 23 jawatan dalam CWC.
Pemilihan bagi jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk S Sothinathan, Datuk M Saravanan dan Datuk S Balakrishnan.
Astro Awani
Sun Jan 04 2015
PALANIVEL: Hentikan spekulasi, MIC tidak dibubar ROS esok - Gambar fail
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Bersatu Bahagian Tenggara terbubar, ketua dan 15 AJK umum keluar parti
Katanya, keputusan dibuat sebulat suara selepas mempertimbangkan beberapa faktor termasuk hilang keyakinan terhadap pimpinan tertinggi.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
DUN Negeri Sembilan bubar secara rasmi hari ini
DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi secara rasmi dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
DUN Selangor bubar secara rasmi hari ini
Pentadbiran Selangor kini ditadbir kerajaan sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN nanti.
DUN Kelantan bubar secara rasmi hari ini
Pembubaran DUN bagi penggal ke-14 itu dilakukan empat hari lebih awal, berbanding tempoh mandat DUN yang akan berakhir pada 26 Jun ini.
Aminuddin akan menghadap Tuanku Muhriz, mohon perkenan bubar DUN pada 28 Jun
Aminuddin berkata beliau akan menghadap Tuanku Muhriz pada 28 Jun ini bagi mendapat perkenan baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.
PBM Negeri Sembilan umum bubar semua jawatan negeri, bahagian
PBM Negeri Sembilan mengumumkan pembubaran dan perletakan jawatan semua Ahli Jawatankuasa negeri, Bahagian, Sayap Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu.
NTF bubar secara rasmi 31 Disember
National Task Force (NTF) yang ditubuhkan khas bagi melaksanakan Op Benteng ketika pandemik COVID-19 melanda pada 2020 akan dibubarkan secara rasminya pada 31 Disember ini.
PRU15: Kedah tidak bubar DUN sebelum Mac - MB
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pembubaran DUN Kedah hanya akan dilakukan pada bila-bila masa selepas Mac tahun hadapan.