Henti perang politik: Kemaslahatan rakyat perlu jadi keutamaan - Pakar
Harits Asyraf Hasnan
Ogos 2, 2021 11:28 MYT
Ogos 2, 2021 11:28 MYT
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli politik digesa untuk menghentikan ‘perang’ politik dalam memastikan usaha menangani wabak COVID-19 dapat dijayakan.
Penganalisis politik dan Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Umum Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM), Sharifah Syahirah Syed Sheikh menegaskan, kemaslahatan rakyat perlu jadi keutamaan ahli-ahli politik tatkala ‘perang’ politik semakin memuncak.
“Mohon sangat supaya mereka (ahli politik) ini untuk duduk dan betul-betul fikir untuk rakyat.
Parti-parti itu tidak mengapa. Tahun depan, Insya-Allah sabar sedikit, Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, waktu itu berentaplah.
“Namun, buat masa ini, tolong adakan kompromi kerana apa yang berlaku hari ini adalah realiti apa yang kita semua sudah jangka.
“Sudah tentu dalam DNA parti politik pembangkang akan mencabar balik keputusan yang telah dibuat,” katanya ketika ditemu bual dalam buletin Astro AWANI di sini, pada Isnin.
Syarifah Syahirah turut berkata inisiatif yang dilaksanakan kerajaan termasuk mewujudkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) adalah antara perkara penting yang perlu digerakkan secara bersama semua pihak.
“Seperti saya sebut sebelum ini sewaktu pilihan raya, waktu Parlimen bersidang nanti, jangan main-main politik. Tapi, inilah apa yg sedang berlaku.
“Saya amat berharap, salah satu cara adalah menerusi MPN, masukkan Ahli-ahli Parlimen yang memang cerdik pandai.
Panggilan Video | Bagaimana henti peperangan politik?
BACA LAPOR LANGSUNG ASTRO AWANI DI SINI
"Kebanyakan mereka, sama ada kerajaan atau pembangkang, merupakan Ahli-ahli Parlimen yang profesional dan ada kelayakan yang tinggi,” ujarnya.
[TERKINI] Parlimen ditangguh, MP pembangkang di Parlimen
IKUTI SISI TV PARLIMEN ASTRO AWANI DI SINI
"Justeru, tiba masa untuk semua Ahli Parlimen menunjukkan komitmen mereka atas semangat kebersamaan untuk bersama rakyat menentang wabak ini," tambahnya.
Jentera Light Strike Force berada di hadapan bangunan Parlimen
Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Parlimen seawal 9 pagi Isnin, walaupun Parlimen sudah diputuskan ditangguh selama dua minggu susulan pengesanan 70 kes COVID-19 hasil saringan 29 Julai lalu.
Ahli Parlimen Pembangkang berarak menuju ke Parlimen
Sebelum ini, Mesyuarat Khas Parlimen telah berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Julai lalu dan sepatutnya berakhir pada 2 Ogos ini.
#pilihan raya umum
#pilihan raya
#PRU
#kemaslahatan rakyat
#COVID-19
#DNA
#Parlimen
#pembangkang
#Sharifah Syahirah Syed Sheikh