'Hati saya sangat berat, saya memohon petunjuk Allah' - Maszlee Malik

Faris Danial Razi
Mac 1, 2020 14:06 MYT
Jelas Maszlee menerusi satu ciapan dan bebenang di Twitter, tindakan untuk bekerjasama dengan UMNO adalah bagi mengembalikan semula prinsip perjuangan yang sebenar. - Astro AWANI/ Shahir Omar
Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mengakui berat hati untuk duduk bersama dengan para pemimpin UMNO yang turut hadir dan akan membentuk kerajaan bersama yang baru namun terpaksa memilih antara ketaatan dan prinsip.
Maka, beliau memberitahu bahawa dirinya telah membuat keputusan yang besar dan penting, iaitu kembali kepada para penyokong, rakan-rakan, keluarga, pengundi dan rakan-rakan seperjuangan.
Jelas Maszlee menerusi satu ciapan dan bebenang di Twitter, tindakan untuk bekerjasama dengan UMNO adalah bagi mengembalikan semula prinsip perjuangan yang sebenar.

Namun, setelah duduk bersama dengan para pemimpin UMNO yang turut hadir dan akan membentuk kerajaan bersama yang baru, hati saya mula merasa berat. Sangat berat.

— Maszlee Malik (@maszlee) March 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ada di antara mereka yang masih diselaputi isu-isu rasuah dan penyelewengan termasuk di Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri, yang dahulunya puas saya berusaha membersihkan bekas-bekas yang mereka tinggalkan.

— Maszlee Malik (@maszlee) March 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambahnya, orang ramai telah mengingatkan siapa dirinya dan mengapa beliau menceburi bidang politik serta kenapa rakyat Simpang Renggam memilih untuk mengundinya dahulu.
“Mereka tidak akan redha untuk saya bekerjasama dengan watak-watak yang sama-sama kami jatuhkan sewaktu PRU14, lantas meninggalkan rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berkorban dari awal.
“Keputusan ini adalah muktamad, kepentingan negara perlu mengatasi kepentingan politik,” katanya dalam ciapan tersebut.
Beliau pada masa mengakui bahawa perkara yang dibuat itu adalah sangat berat untuk dilaksanakan, dan membuatkan beliau mempersoalkan diri sendiri samada sudah bersedia untuk menerima UMNO semula.
Ini kerana kebanyakkan daripada mereka memberikan pendapat agar tidak mengkhianati pengorbanan dan undian dibuat oleh rakyat sebelum ini.
“Jangan khianati pengorbanan dan undi yang telah kami berikan kepada YB sehingga meletakkan YB sebagai wakil kami di Parlimen.
“Saya berbincang dengan mereka yang dekat dengan saya, dan saya telah melakukan istikharah memohon petunjuk Allah.
Susulan itu, Maszlee pada akhirnya tekad untuk membuat keputusan yang amat berat pada jam 4 petang Sabtu.
Beliau juga menzahirkan perasaan sayang dan telah pun berpihak kepada Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak dari awal lagi.
“Saya akui saya sayang dan bersama Tan Sri Presiden sejak dari awal, malah membulatkan tekad bersama beliau dan meyakini beliau adalah calon PM bagi parti.
“Namun bukanlah sehingga menghampakan undi rakyat yang telah meletakkan kita di kedudukan kita pada hari ini. Rakyat pulang mengundi pada PRU 14 yang lalu untuk tumbangkan regim kleptokrasi UMNO-BN. Itu pasti,” jelasnya lagi.

Apabila keadaan sudah semakin rumit, dan saya terpaksa memilih antara ketaatan dan prinsip, maka saya telah membuat keputusan yang besar dan penting, iaitu kembali kepada para penyokong, rakan-rakan, keluarga, pengundi dan rakan-rakan seperjuangan.

— Maszlee Malik (@maszlee) March 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Apabila keadaan sudah semakin rumit, dan saya terpaksa memilih antara ketaatan dan prinsip, maka saya telah membuat keputusan yang besar dan penting, iaitu kembali kepada para penyokong, rakan-rakan, keluarga, pengundi dan rakan-rakan seperjuangan.

— Maszlee Malik (@maszlee) March 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Di dalam politik, saya orang baharu. Tetapi prinsip sayangkan negara, letakkan kepentingan negara melebihi kepentingan politik, telah lama ada.
“Saya memohon maaf atas kekhilafan saya selama ini. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menegur,” katanya.
Namun akhir sekali, jelasnya ini semua adalah demi rakyat dan negara.
“Biar putih tulang, jangan putih mata. Membujur lalu melintang patah. Terus berjuang dan kekal berprinsip. Dari rakyat kita datang, kepada rakyat kita kembali,” tambah Maszlee menerusi satu kenyataan panjang di Twitter peribadinya.
#Kementerian Pendidikan #kerajaan #Malaysia 2020 #Maszlee Malik #Muhyiddin Yassin #MY2020 #Perdana Menteri #politik #PRU #PRU14 #UMNO
;