Hasni Mohammad trending di Twitter menerusi #hasni4mbj

Astro Awani
Mac 15, 2022 15:11 MYT
Ketika ini juga, tanda pagar (hashtag) #hasni4mbj dan nama Hasni kekal trending di Twitter dengan rata-rata pengguna menyatakan sokongan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu. - Bernama
KUALA LUMPUR: Teka-teki siapa yang bakal dipilih untuk menjawat jawatan Menteri Besar Johor masih belum terjawab dengan beberapa nama kini hangat diperkatakan.
Sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Hasni Mohammad atau ADUN Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Ketika ini juga, tanda pagar (hashtag) #hasni4mbj dan nama 'Hasni' kekal trending di Twitter dengan rata-rata pengguna menyatakan sokongan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.
Antara yang dikongsikan termasuk daripada seorang pengguna @syahmimazlan3 yang secara jelasnya menyatakan jawatan itu sememangnya layak dikembalikan kepada Hasni.
Bagi pengguna @Razalisetapa, Hasni merupakan seorang pemimpin menjalankan tugas dengan amanah dan tanggungjawab serta dia menggesa agar rakyat negeri itu sama-sama mendoakan yang terbaik untuk masa depan negeri itu.

Hasni deserve to be MB not Onn Hafiz

— Syahmi (@syahmimazlan3) March 15, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Umno perlu bijaksana, krn YB Hasni adalah yg terbaik dlm melaksanakan tugas semasa memikul amanah namun kita berdoa yg terbaik bg rakyat Johor.

— Razali Setapa (@Razalisetapa) March 15, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi @Rad68Toyo, dia menyatakan bahawa Hasni merupakan pilihan rakyat negeri Johor dan mengapa hendak menidakkan suara dan kemahuan rakyat.
Senada dengannya adalah seorang pengguna @eddydaud yang juga menggesa agar suara rakyat negeri itu didengari dan melantik Hasni untuk jawatan utama di negeri itu.

Yg hendak Hasni jadi MB adalah rakyat, nk nafikan hak rakyat ke??

— SAMIJ (@Rad68Toyo) March 15, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Suara Keramat Rakyat Johor satu hari sahja dalam banyak2 hari, bagi peluanglah suara Rakyat di dengari....@Hasni_Johor for MB Johor.

— JohorBangkit# (@eddydaud) March 15, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara bagi @elyahalim_ menyifatkan pemilihan individu ke jawatan tersebut haruslah seiring dengan seruan yang dilaungkan BN semasa sesi berkempen berlangsung iaitu untuk mengangkat Hasni ke jawatan itu.

Sebelum PRN, sibuk la berkempen suruh pilih BN sebab rakyat syg Dato Hasni. Dah menang, nak ditukarnya MB. Dasar

— L. Morningstar (@elyahalim_) March 15, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Manakala bagi pengguna @amirrembau11gm1 juga berkata menerusi ciapannya bahawa Hasni perlu diangkat semula untuk ke jawatan itu kerana ia merupakan janji yang sudah dibuat semasa kempen berlangsung tempoh hari.

Ketika kempen Umno sokong DS Hasni jadi MB. Lepas PRN Johor nama lain pulak yang muncul. Cita apa ni?

— Amir Putrajaya (@amirrembau11gm1) March 15, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, persoalan siapa bakal memegang jawatan Menteri Besar Johor semakin hampir terjawab.
Sumber memaklumkan Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Besar akan berlangsung di Istana Bukit Serene, 3 petang, hari ini.
BACA: Calon MB Johor: Istiadat Angkat Sumpah pada pukul 3 petang?
#Hasni Mohammad #onn hafiz ghazi #Barisan Nasional #PRN Johor
;