Harapan Rakyat tanding 44 kerusi, SAPP lima kerusi
Ruzaini Zulkepli
April 25, 2018 16:43 MYT
April 25, 2018 16:43 MYT
Parti Maju Sabah (SAPP) akan bertanding di lima kerusi masing-masing satu kerusi parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Kinabalu.
Manakala empat calon DUN adalah, John Stephen Dionysius bertanding di DUN Inanam; Richard Yong We Kong (DUN Likas); Lim Kat Chung (DUN Api Api) dan Gee Tien Siong bagi DUN Luyang.
Dalam pada itu SAPP turut bekerjasama dengan parti Gabungan Sabah dan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).
Atas tiket kerjasama itu, tujuh calon SAPP akan menggunakan logo Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Harapan Rakyat.
Kerusi tersebut adalah DUN Moyog, Kundasang, Melalap dan Kepayan akan menggunakan logo STAR manakala Tanjung Aru, Lahad Datu dan Sri Tanjung akan menggunakan logo Harapan Rakyat.
Sementara itu, Harapan Rakyat akan bertanding di 16 kerusi parlimen dan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri DUN pada PRU14.
Presidennya Datuk Seri Lajim Ukin akan bertanding di kerusi Parlimen Beaufort dan DUN Klias.
#Dewan Undangan Negeri
#DUN
#kerusi
#Kota Kinabalu
#Malaysia Memilih
#Parlimen
#Parti Maju Sabah
#PRU14
#SAPP
#Yong Teck Lee