Hapus GST, bantuan pembelian kereta antara tawaran dijanjikan Gagasan Sejahtera

Hafiz Marzukhi
Mac 18, 2018 14:57 MYT
ABDUL HADI: Manifesto yang dibuat telah mengambil kira pendapat ilmuan dalam bidang-bidang penting. - Gambar fail
Gabungan politik yang diterajui Pas, Gagasan Sejahtera membentangkan 20 tawaran utama dalam manifesto yang dinamakan 'Malaysia Sejahtera' hari ini.
Pengerusi Gagasan Sejahtera yang juga Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tawaran yang digariskan ini mampu menarik sokongan rakyat kerana ia mengambil kira keperluan mereka pada masa kini tanpa mengira kaum dan agama.
"Manifesto yang dibuat telah mengambil kira pendapat ilmuan dalam bidang-bidang penting supaya kita dapat mentadbir negara dengan baik selari dengan konsep Islam," kata Abdul Hadi.
Antara tawaran yang diumumkan beliau termasuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan sistem cukai yang lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat.
Selain itu, Gagasan Sejahtera turut menjanjikan bas sekolah percuma serta bantuan pembelian kereta pertama bagi kereta berkuasa bawah 1,300 kuasa kuda melalui pengecualian duti eksais dan pembiayaan pinjaman tanpa faedah.

Antara tawaran utama Manifesto Gagasan Sejahtera (Page 1/4) @501Awani pic.twitter.com/6A4bfmn9EE

— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) March 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Page 2/4 Manifesto Malaysia Sejahtera @501Awani pic.twitter.com/jnzfxUgYko

— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) March 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Page 3/4 Manifesto Malaysia Sejahtera @501Awani pic.twitter.com/5lXzPIJOSU

— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) March 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Page 4/4 Manifesto Malaysia Sejahtera @501Awani pic.twitter.com/u6s6L5tgxn

— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) March 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Majlis ini yang diadakan di Cyberjaya turut dihadiri pemimpin parti komponen Gagasan Sejahtera iaitu Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
#Gagasan Sejahtera #Malaysia Sejahtera #MalaysiaMemilih #PAS #pilihan raya #politik #PRU14