Hanya pemimpin ikhlas yang sayangkan MN - Takiyuddin

Madiha Abdullah
Mac 5, 2022 15:38 MYT
Takiyuddin menerusi kemas kini di Twitter pada Sabtu berkata, pemimpin yang ikhlas akan menyayangi MN. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemimpin yang ikhlas adalah mereka yang memperjuangkan pembentukan Muafakat Nasional (MN).
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerusi kemas kini di Twitter pada Sabtu berkata, pemimpin yang ikhlas akan menyayangi MN dan tidak menumpang populariti di tengah jalan.
"Hanya mereka yang ikhlas usahakan hasrat murni MN sahaja yang sayangkan gagasan besar umat ini, bukan mereka yang menumpang populariti di tengah jalan," tulisnya.

Hanya mereka yang ikhlas usahakan hasrat murni MN sahaja yang sayangkan Gagasan Besar Umat ini, bukan mereka yang menumpang populariti di tengah jalan. pic.twitter.com/evQFepE84s

— Takiyuddin Hassan (@takiyuddin61) March 5, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia sebagai reaksi kepada kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat yang memberi gambaran bahawa partinya tidak akan membuat penilaian terbaharu terhadap kerjasama dengan Pas menerusi gabungan Muafakat Nasional (MN) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
"Saya fikir apa sahaja penilaian atau ulang kaji yang akan digunakan biarlah ianya terletak di dalam suatu lipatan yang tidak perlu dibuka lagi.
“Bukan tidak mahu (MN), malah kita yang memulakan. Kalau hidung tak mancung, kenapa pipi mesti tersorong-sorong,” kata Ahmad Zahid.
MN yang merupakan gagasan kerjasama Pas dan UMNO dicetuskan hasil daripada Piagam MN yang dimeterai antara dua parti politik Melayu Islam terbesar di Malaysia tersebut semasa Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019 atau HPU914.
#Takiyuddin Hassan #Zahid Hamidi #PAS #UMNO #MN #Muafakat Nasional
;