KUALA LUMPUR:Susulan pemecatan bekas Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin daripada parti tersebut, PKR kini tidak mempunyai wakil rakyat di kerusi Parlimen Ampang.
Pada Isnin, timbul pula spekulasi bahawa bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac akan diketengahkan di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Astro AWANI sempat menghubungi Hans bagi mendapatkan pengesahan dan perincian lanjut mengenai pencalonannya itu.
Hans yang juga merupakan ahli PKR itu berkata ia terpulang kepada parti dan juga masyarakat setempat sama ada mahu memilihnya sebagai calon atau pun sebaliknya.
Jelas beliau, objektifnya pada ketika ini adalah untuk memberikan fokus untuk membantu masyarakat di Ampang.
“Objektif saya adalah untuk terus memberikan fokus bagi membantu masyarakat di Ampang.
“Berhubung sebarang pencalonan untuk PRU15 di Ampang, ia terpulang kepada Presiden, parti dan masyarakat Ampang,” katanya menerusi mesej WhatsApp kepada Astro AWANI pada Selasa.
Beliau berkata pasukannya dikenali “Kita Budak Ampang” memberikan fokus kepada program sosial bagi membantu masyarakat di situ dan mereka menghargai segala sokongan serta bantuan yang dihulurkan.
Bagaimanapun, katanya, politik arus perdana Malaysia memerlukan barisan pemimpinan baharu kerana ia seolah-olah didominasikan oleh ramai ahli politik yang lebih berusia.
“Kita mempunyai individu lama yang sama dalam arena politik dan itulah sebab rakyat Malaysia tidak berminat dengan politik.
“Kita memerlukan perubahan untuk masa depan yang lebih cerah tetapi ia merupakan tanggungjawab kita untuk memilih dan membuat perubahan tersebut.
“Saya faham rakyat kecewa, tetapi kita tidak boleh berputus asa dan ia sememangnya hak kita untuk memilih jalan yang betul,” katanya.
Untuk rekod, kerusi Parlimen Ampang merupakan kubu kuat PKR sejak PRU ke-12 pada 2008.
Astro Awani
Tue Nov 17 2020
HANS: Berhubung sebarang pencalonan untuk PRU15 di Ampang, ia terpulang kepada Presiden, parti dan masyarakat Ampang. - Gambar fail
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Kedudukan Hans Isaac ditentukan lembaga pengarah PSM - Hannah
Hannah berkata Hans dilantik sebagai Pengerusi PSM sejak Jun lepas dan kontraknya dijangka tamat pada tahun depan.
Padang Stadium Nasional Bukit Jalil masih rosak
Rakaman dron menunjukkan keadaan terkini padang tersebut pada Sabtu masih rosak, bertompok dan berpasir pada beberapa bahagian rumput.
'Look at my face...'
Kegusaran jelas terpancar pada wajah Pengerusi PBSM, Datuk Hans Isaac mengenangkan keadaan padang SNBJ yang diibarat seperti 'sehelai jeans lusuh.'
Hans Isaac dilantik Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
Hans Isaac merupakan antara 16 individu dari sektor korporat, persatuan sukan dan sektor kerajaan yang dilantik sebagai Anggota Perbadanan PSM.
PRU15: Hans, Xavier nafi bertanding kerusi Parlimen Kuala Langat
Hans Isaac ketika dihubungi memaklumkan tidak mengetahui tentang dirinya terpilih sebagai calon yang akan bertanding merebut kerusi Parlimen tersebut.
Maszlee, Akmal Nasir, Hans Isaac dipilih sebagai MPP PKR
PKR akan bergerak ke hadapan diterajui gabungan baharu, Anwar Ibrahim sebagai Presiden dan Mohd Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden.
Pemilihan PKR: JPP sedia beri penjelasan kepada Hans Isaac
Pihaknya tidak ada masalah untuk memberi jawapan dalam masa seminggu memandangkan kongres melibatkan parti berkenaan akan tamat tidak lama lagi.
Pemilihan PKR: Hans Isaac tuntut jawapan daripada JPP, akur jika proses adil
Hans turut menceritakan semula kronologi proses pengiraan pada pemilihan kali kedua, yang didakwa menyaksikan beliau telah memenangi jawatan Ketua Cabang Ampang.
Pemilihan PKR: Kini Altimet pula Ketua Cabang Ampang
Penyanyi rap, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman menang dalam pemilihan Ketua Cabang PKR Ampang, selepas kiraan semula dibuat.
Pemilihan PKR 2022: Hans Isaac nafi terlibat dengan politik wang raih undi
Pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac menafikan dakwaan mengamalkan politik wang bagi meraih undi dalam Pemilihan PKR 2022 yang berlangsung baru-baru ini.