Hala tuju kerjasama UMNO akan dibincang dalam MT parti - Ahmad Zahid

Fauzi Suhaimi
Oktober 1, 2020 15:44 MYT
Ahmad Zahid berkata, ini soal penting dan tidak sesuai untuk bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hala tuju parti selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan dibincang dalam Biro Politik UMNO dan dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi (MT) parti.
Beliau berkata, ini soal penting dan tidak sesuai untuk bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama.
"Kita sedang melakukan post mortem menyeluruh (dan semua) pimpinan parti boleh beri pandangan," katanya dalam satu ciapan di akaun Twitternya di sini pada Khamis.
Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa Ahmad Zahid menjelaskan pedoman dan hala tuju jelas kepada semua ahli berkaitan kerjasama parti itu dengan saingan politiknya.

Halatuju parti selepas PRN Sabah akan dibincangkan dlm Biro Politik UMNO & dibawa ke Majlis Tertinggi UMNO. Ini soal penting.Tidak sesuai saya bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama. Kita sedang melakukan post mortem menyeluruh. Pimpinan parti boleh beri pandangan.

— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) October 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau berkata, konsensus politik yang tegas harus dihasilkan untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara UMNO diperlakukan dalam PRN Sabah.
BACA: Zahid Hamidi perlu jelaskan hala tuju kerjasama UMNO dengan parti lain - Tok Mat
BACA: "Jernihkan keadaan, bukan keruhkan kedukaan" - Bung Moktar minta henti sandiwara politik
#presiden #Zahid Hamidi #Mohamad Hasan #UMNO #pilihan raya #majlis tertinggi #PRN Sabah #Politik Sabah #Sabah Memilih #Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi #Biro Politik UMNO #politik
;