Hal berkaitan kerusi hanya dibincangkan secara dalaman - PM Najib

Hafiz Marzukhi
September 8, 2017 18:54 MYT
PM Najib sewaktu Mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Menara Dato Onn, Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. - Astro AWANI/Hafiz Marzukhi
Barisan Nasional akan menyelesaikan semua permasalahan berkaitan penentuan kerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 antara parti komponen akan diselesaikan secara dalaman.
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau yakin semua parti komponen akan menerima keputusan yang dicapai pimpinan tertinggi parti.
"Ini adalah permuafakatan kukuh yang wujud dalam BN," kata Datuk Seri Najib.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan Presiden myPPP Tan Sri M. Kayveas dan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berhubung kerusi parlimen Cameron Highlands.
Ketika ditemui selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Menara Dato Onn, Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), Kayveas akur kepada keputusan yang dibuat parti.
"Pimpinan meminta supaya sebarang perbincangan melibatkan calon tidak akan dibuat kerana keputusan akhir akan ditetapkan oleh Perdana Menteri," kata Kayveas.
#Barisan Nasional #BN #majlis tertinggi #MIC #Najib Razak #PRU14 #subramaniam
;