Hajiji sedia buka pintu kepada parti yang menerima perjuangan GRS

Astro Awani
Mac 29, 2021 07:42 MYT
Jelas Hajiji GRS terbuka kepada cadangan LDP untuk menyertai gabungan itu itu dan akan ,e,pertimbangkannya bila tiba masanya. - fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengulangi komitmennya untuk sedia menerima mana-mana parti yang mahu menyertai perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah berkata, apa yang penting adalah usaha menyatukan rakyat di negeri itu melalui parti-parti yang menerima perjuangan mereka.
“Kita akan timbangkan perkara ini. Kita mahu bersatu padu menyatukan rakyat kita dan melalui parti-parti yang menerima perjuangan GRS ataupun PN.
“Jadi kita terbuka kepada cadangan itu dan kita akan pertimbangkan bila tiba masanya,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan pelancaran hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu, hari ini.
Pada Ahad, Parti Liberal Demokratik (LDP) memaklumkan kesediaan mereka menyertai PN di Sabah.
Presidennya, Datuk Chin Su Phin dalam satu kenyataan medianya berkata, majlis tertinggi parti itu telah bermesyuarat untuk meluluskan usul berkenaan.
#Sabah #GRS #Ketua Menteri #Datuk Seri Hajiji Noor #SICC