Hadi Awang mohon menghadap Sultan Perak?

Harits Asyraf Hasnan
Disember 11, 2020 10:18 MYT
ABDUL HADI: Antara tujuan saya memohon menghadap adalah bagi menyembah maklum tentang suasana politik yang melibatkan Pas. - Gambar fail
IPOH: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang difahamkan bakal menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Menerusi surat yang kini tular di media sosial, Abdul Hadi dilapor memohon untuk menyembah maklum kedudukan Pas berkait krisis politik yang melanda negeri ini.
“Sehubungan itu, antara tujuan saya memohon menghadap Kebawah Duli Tuanku adalah bagi menyembah maklum tentang suasana politik yang melibatkan Parti Islam Se-Malaysia (Pas).
“Saya bersedia menghadap pada tarikh, masa dan tempat yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Tuanku,” memetik surat bertarikh 10 Disember (semalam) yang ditandatangani Abdul Hadi.
Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan berkenaan surat tersebut dari pihak Pas dan perincian berkait majlis menghadap dari pihak istana.
BACA: 4 ADUN UMNO, seorang ADUN Bersatu angkat sumpah Exco Perak
BACA: Saarani angkat sumpah MB Perak ke-14
#Abdul Hadi Awang #PAS #menghadap sultan #Sultan Perak #politik perak #politik #Perak #Menteri Besar #ahli Exco #surat tular #pengesahan #Istana #Sultan Nazrin Shah
;