SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Kelang Datuk Abdul Rashid Asari akan menghantar surat kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Lau Weng San bagi mengemukakan fakta dan maklumat berhubung status kerusi DUN yang disandangnya susulan penyerahan notis pemakluman kekosongan kerusi itu Jumaat lepas.
Abdul Rashid berkata beliau telah bertemu dengan Lau hari ini dan dimaklumkan kedudukannya selaku ADUN Selat Klang masih sah sehingga diputuskan pada sidang DUN yang dijadual bermula Khamis hadapan.
Beliau berkata difahamkan keputusan yang akan dibuat itu turut mengambil kira maklumat atau surat yang bakal dikemukannya kepada Speaker kelak.
"Ketika ini saya akan teruskan tugas sebagai ADUN dan masih lagi menganggap diri sebagai ahli Bersatu kerana percaya notis yang diberikan kepada saya tidak efektif memandangkan notis di bawah Fasal 10(4) dan 10(5) di bawah Perlembagaan Bersatu hanya berkuat kuasa pada 1 April 2024.
"Pada saya, dari segi undang-undang Bersatu tidak boleh menggunakan pindaan itu untuk mengambil tindakan terhadap saya kerana sokongan terhadap kerajaan negeri dibuat sebelum pindaan berkenaan," katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan Lau di Wisma Dewan Negeri Selangor di sini.
Sebelum ini Ketua Pembangkang yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi DUN Selat Kelang kepada Lau berikutan keguguran keahlian Abdul Rashid sebagai ahli Bersatu.
Lau ketika dihubungi berkata beliau masih meneliti kes berkenaan dan menunggu dokumen atau maklumat yang akan diberikan Abdul Rashid sebelum sebarang keputusan mengenai kedudukannya selaku ADUN diputuskan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024

Abdul Rashid berkata beliau telah bertemu dengan Lau hari ini dan dimaklumkan kedudukannya selaku ADUN Selat Klang masih sah sehingga diputuskan pada sidang DUN yang dijadual bermula Khamis hadapan. - Gambar fail/Sinar Harian

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

ADUN Selat Klang dikompaun langgar SOP PKPB sambut Aidilfitri
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya telah menerima arahan daripada timbalan pendakwa raya supaya mengenakan kompaun itu.