GPS sudah bersedia hadapi PRN12, PRU15

Astro Awani
Jun 27, 2020 14:42 MYT
Kesediaan itu kata Nancy hasil persiapan yang dilakukan jentera gabungan itu di semua peringkat di negeri ini.
Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak mahupun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri.
Kesediaan itu kata Nancy hasil persiapan yang dilakukan jentera gabungan itu di semua peringkat di negeri ini.
Malah beliau yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, usaha turun padang dan menyantuni rakyat juga bukan bermusim sebaliknya telah dilakukan para pemimpin serta jentera parti.
"Kita sentiasa bersiap sedia dari dahulu. Setiap minggu para pemimpin dan jentera parti termasuk wanita menjalankan program bersama rakyat Sarawak.
"Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli parlimen pula, mereka terus mendekati rakyat sekali gus mempromosikan lambang-lambang GPS. Baik PRU15 mahupun PRN12, kita bersedia," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Tambah Nancy, Kerajaan Pusat yang dikemudi Tan Sri Muhyiddin Yassin dan GPS di bawah kepimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg jelas membuktikan kecekapan sepanjang menangani pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
#Datuk Seri Nancy Shukri #Gabungan Parti Sarawak #GPS #Menteri Pelancongan Seni dan Budaya #PRN #PRN Sarawak #PRU #Sarawak #Sarawak election
;