Gobind Singh raih undi tertinggi pada pemilihan CEC DAP 2025
Bernama
Mac 16, 2025 20:45 MYT
Mac 16, 2025 20:45 MYT
Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo meraih undi tertinggi pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP sempena Kongres Kebangsaan ke-18 parti itu yang berlangsung hari ini. - Foto FB DAP
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo meraih undi tertinggi pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP sempena Kongres Kebangsaan ke-18 parti itu yang berlangsung hari ini.
Gobind yang juga Menteri Digital memperoleh 2,785 undi, diikuti rapat oleh Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen dengan 2,631 undi; Ahli Parlimen Kulai merangkap Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (2,585 undi); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Datuk Ng Suee Lim (2,563 undi); dan Ahli Parlimen Seremban yang juga Menteri Pengangkutan Anthony Loke (2,508 undi).
Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pemilihan CEC DAP Desmond Tan dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini.
-- BERNAMA