Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah menitahkan hanya gabungan parti yang dapat membuktikan mempunyai majoriti sekurang-kurangnya 30 kerusi boleh membentuk kerajaan di Perak.
Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, perkara itu telah dititahkan ketika beliau mengadap baginda di Kuala Lumpur pada Khamis.
Menurutnya, ketika pertemuan itu, beliau hanya menyampaikan pandangan dan pendapat daripada blok pembangkang, tanpa memberi apa-apa tekanan terhadap baginda.
“Kita tunggulah sebab saya yakin baginda Sultan Perak akan gunakan lunas undang-undang yang betul untuk melihatkan siapa yang ada kerusi mencukupi untuk bentuk kerajaan.
“Mudah sahaja di Perak ni, mana-mana gabungan yang boleh buktikan kita ada sekurang-kurangnya 30 kerusi kepada baginda Sultan, maka sudah tentu baginda akan panggil dan beri kepercayaan kepada gabungan itu,” katanya.
Beliau ditemui semasa majlis resepsi pernikahan anaknya di Lenggong pada Sabtu.
Menurut Saarani, setakat ini Muafakat Nasional di Perak mempunyai 28 kerusi dan beliau percaya kerajaan Pakatan Harapan telah runtuh kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) isytihar keluar pakatan itu.
Katanya, mereka tidak terburu-buru dan bersabar menunggu perkembangan yang berlaku di peringkat persekutuan dan akan akur apa yang diputuskan nanti.
“Apa yang penting mereka mahu sebuah kerajaan yang sah dan majoritinya tidak boleh dipertikaikan, lebih-lebih lagi bagi menghadapi Sidang Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan 14 April depan,” ujarnya.
Mengulas dakwaan wujud usaha menarik sokongan kalangan wakil rakyat Pakatan Harapan, Saarani berkata, pihaknya tidak pernah memberi apa-apa tawaran atau mengadakan rundingan bagi tujuan itu.
“Tiada kenyataan rasmi daripada UMNO berhubung perkara itu dan kita sendiri tidak pernah menghubungi atau berunding dengan mereka, jika ada yang menyatakan demikian, saya sahkan ia tidak benar," tegasnya.
Pada Rabu, ADUN Hulu Kinta dari PKR, Muhamad Arafat Varisai Mahamad mendakwa telah dihubungi seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) yang merupakan seorang bekas Exco Kerajaan Perak untuk menyertai parti itu dan menyokong pembentukan sebuah kerajaan negeri baharu.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Feb 29 2020
![Gabungan parti yang dapat 30 kerusi boleh bentuk kerajaan Perak Gabungan parti yang dapat 30 kerusi boleh bentuk kerajaan Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41575430227_DatukSaarani.jpg)
SAARANI: Apa yang penting mereka mahu sebuah kerajaan yang sah dan majoritinya tidak boleh dipertikaikan. - Gambar fail
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677592_AnwarIbrahim.jpg)
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas.
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
![Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720130905_foodtrucksaid.jpg)
Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB
Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,631.63 daripada paras 1,625.96 pada akhir dagangan semalam.
Miskin tegar tak boleh dihapuskan jika tiada - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata miskin tegar tidak boleh dihapuskan sepenuhnya jika tiada formula dan angka yang tepat.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719992977_MKulasegaran.jpg)
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024 yang bertujuan meluaskan kuasa Ketua Audit Negara bagi memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain.
!['Lebih 10 MP kerajaan bakal sokong PN' 'Lebih 10 MP kerajaan bakal sokong PN'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701479651_MohdRedzuanMdYuso.jpg)
'Lebih 10 MP kerajaan bakal sokong PN'
Spekulasi itu bukan cakap kosong kerana dimaklumkan terdapat perbincangan secara dalaman dalam kalangan pucuk pimpinan tertinggi.
![ADUN MUDA, Amira Aisya sahkan tidak lagi bersama blok PH-BN di Johor ADUN MUDA, Amira Aisya sahkan tidak lagi bersama blok PH-BN di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61690945866_AmiraAisyaAbdPRN.jpg)
ADUN MUDA, Amira Aisya sahkan tidak lagi bersama blok PH-BN di Johor
MUDA yang mempunyai seorang ADUN di Johor mengesahkan tidak lagi berada bersama Pakatan Harapan (PH) di blok pengimbang kerajaan.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 September 2023.
![Syed Saddiq ditempatkan di blok pembangkang - Johari Syed Saddiq ditempatkan di blok pembangkang - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694429768_TBSYEDSADDIQ.jpg)
Syed Saddiq ditempatkan di blok pembangkang - Johari
Ahli Parlimen Muar ,Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan ditempatkan di blok pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat mulai esok susulan keputusannya untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.
![Dewan Rakyat: Kerajaan ambil langkah 'tempang' tarik balik rayuan kalimah Allah Dewan Rakyat: Kerajaan ambil langkah 'tempang' tarik balik rayuan kalimah Allah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684737155_DatukAhmadSaad.jpg)
Dewan Rakyat: "Kerajaan ambil langkah 'tempang' tarik balik rayuan kalimah Allah"
Memberitahu Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Saad berkata, tiada pemakluman awam dibuat terhadap keputusan tersebut.
![DUN Sabah: Kedudukan berubah, Bung Moktar di blok pembangkang DUN Sabah: Kedudukan berubah, Bung Moktar di blok pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673322044_DUNSabah.jpg)
DUN Sabah: Kedudukan berubah, Bung Moktar di blok pembangkang
Dr Yusof dalam sidang DUN itu menyatakan kekesalan beliau apabila ADUN di blok pembangkang tiada seorang pun yang hadir.
![Usul undi percaya: Pembangkang gesa sidang khas Parlimen sebelum 9 Ogos Usul undi percaya: Pembangkang gesa sidang khas Parlimen sebelum 9 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628067772_TBAnwarIbrahim.jpg)
Usul undi percaya: Pembangkang gesa sidang khas Parlimen sebelum 9 Ogos
Mesyuarat khas di bawah Peraturan Mesyuarat 11(3) itu adalah untuk membentang, membahas dan memutuskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri.
![Mesyuarat Khas Parlimen: Cari pasal atau teroka sepakat? 'Dialog Tiga Penjuru' 8.30 malam ini di Astro AWANI Mesyuarat Khas Parlimen: Cari pasal atau teroka sepakat? 'Dialog Tiga Penjuru' 8.30 malam ini di Astro AWANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627465490_PROMODIALOG.jpg)
Mesyuarat Khas Parlimen: Cari pasal atau teroka sepakat? 'Dialog Tiga Penjuru' 8.30 malam ini di Astro AWANI
Bagaimanakah cara yang sehalus, seaman, secekap, dan seefektif mungkin untuk blok-blok dalam Parlimen bersama menyelesaikan krisis tanpa perlu menidakkan antara satu sama lain?
![Apa berlaku pada satu jam pertama dalam Sidang Mesyuarat Khas hari ini? Apa berlaku pada satu jam pertama dalam Sidang Mesyuarat Khas hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627272439_DewanRakyatsidang.jpg)
Apa berlaku pada satu jam pertama dalam Sidang Mesyuarat Khas hari ini?
Ini tiga perkara yang berlaku pada satu jam pertama berlangsungnya Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.