FRU dikerah ke pusat mengundi SK Taman Dato' Haron (1)

Astro Awani
Mei 9, 2018 20:02 MYT
Kekecohan mula berlaku selepas pintu pagar sekolah berkenaan ditutup bagi menghalang kesemua pengundi. - Sumber foto Afix Redzuan
Lebih 100 pengundi didakwa dihalang daripada mengundi Sekolah Kebangsaan Taman Dato’ Harun (1) berikutan sudah jam 5 petang.
Ketika arahan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, kesemua mereka masih beratur untuk menunggu giliran mengundi.
Kekecohan mula berlaku selepas pintu pagar sekolah berkenaan ditutup bagi menghalang kesemua mereka.
Dalam pada itu, wartawan Selangorkini, Afix Redzuan yang berada di lokasi berkata, kira-kira 13 anggota FRU dan lebih 30 anggota keselamatan lain dikerah ke lokasi kejadian bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.
Sewaktu artikel ini diterbitkan, Astro AWANI difahamkan calon PRU14 dari PKR, Syamsul Firdaus Mohamed Supri dan dan calon PKR bagi Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah sedang melakukan rundingan di lokasi kejadian.
#calon #keselamatan #MalaysiaMemilih #Maria Chin #Maria Chin Abdullah #Parlimen #Petaling Jaya #pilihan raya #PKR #protes #PRU14 #sekolah #Suruhanjaya Pilihan Raya
;