Framework kini memasuki arena komputer desktop
Amanz
Februari 26, 2025 14:15 MYT
Februari 26, 2025 14:15 MYT
Framework Desktop mempunyai panel hadapan yang boleh diperibadikan dengan jubin plastik pelbagai warna. -Amanz
SEJAK 2021, Framework telah melancarkan komputer riba dengan rekaan modular.
Ringkasan AI
- Sejak 2021, Framework telah melancarkan komputer riba dengan rekaan modular yang membolehkan CPU, RAM, storan, modul WiFi, dan skrin dinaik taraf dengan mudah oleh pemilik.
- Framework Desktop dilancarkan selepas empat tahun dengan sokongan modular yang lebih terhad, menawarkan pilihan CPU sehingga Ryzen AI Max 395 dan memori sehingga 64GB RAM, dengan CPU dan RAM dipaterikan pada papan induk mini ITX.
- Framework Desktop mempunyai panel hadapan yang boleh diperibadikan dengan jubin plastik pelbagai warna dan dua slot di hadapan untuk modul seperti USB-C, USB-A, pembaca kad SD, pembaca kad mikro SD, dan bicu audio 3.5mm. Harga jualan bermula daripada $1,099 dan menyokong Windows 11 dan Linux.
Menerusi rekaan ini CPU, RAM, storan, modul WiFi dan juga skrin boleh dinaik taraf oleh pemilik dengan mudah.
Ia cuba menyelesaikan isu sampah elektronik dan kos mahal membeli sebuah komputer riba baharu.
Selepas empat tahun Framework Desktop telah dilancarkan tetapi aneh sekali dengan sokongan modular yang lebih terhad.
Framework Desktop hadir dengan pilihan CPU sehingga Ryzen AI Max+ 395, memori sehingga 64GB RAM. CPU dan RAM dipaterikan terus pada papan induk mini ITX yang disertakan.
Selain itu papan induk turut mempunyai satu slot PCI Express, 2x M2.22890 untuk SSD, 2x USB4, 2x DisplayPort, 1x HDMI dan 1x port ethernet 5 gigabit.
Bahagian yang “modular” pada Framework Desktop ialah panel hadapan yang boleh diperibadikan oleh pemilik dengan jubin plastik berbentuk empat segi pelbagai warna.
Pemilik boleh menggunakan jubin dengan rekaan sendiri menggunakan cetakan 3D sekiranya perlu.
Dua slot di hadapan boleh menempatkan dua modular yang sama seperti yang ditawarkan pada komputer riba.
Pembeli diberikan pilihan untuk memasak modul USB-C, USB-A, pembaca kad SD, pembaca kad mikro SD dan bicu audio 3.5mm.
Menerusi Desktop, Framework ingin menawarkan komputer kompak yang boleh digunakan untuk permainan video dan kerja.
Kerangka desktop yang digunakan adalah kompak dengan kapasiti 4.5 liter.
Harga jualan Framework Modular bermula daripada $1,099 sebuah.
Setiap komputer hanya hadir dengan perkakasan dengan sistem operasi Windows 11 dan Linux disokong tetapi perlu dipasang sendiri oleh pembeli. -Amanz